"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru maut, isteri cedera kereta terbabas ke dalam longkang

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Gerik: Guru maut manakala isterinya cedera apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 767.7 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu berdekatan Kampung Kenayat, di sini, hari ini.

Difahamkan mangsa adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Pasir Puteh, Ipoh dan ketika kejadian pasangan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Kelantan selepas bercuti sempena Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan pada 12.20 tengah hari membabitkan kereta Proton Saga dinaiki pasangan terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa berusia 59 tahun dengan isterinya berusia 46 tahun dari arah Gerik menghala Kuala Kangsar.

"Tiba di tempat kejadian kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang sebelah kiri jalan menyebabkan pemandu maut di tempat kejadian.

"Penumpang hadapan kereta terbabit bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Sub Inspektor Zulkifli Buang di talian 019-598 1659 untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan: