"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga syarikat pengangkutan bakal terima padah

Harapandaily

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar mengesahkan bahawa tiga syarikat pengangkutan yang telah menaikkan Harga perkhidmatan dalam Op Kesan sejak 6 Jun akan didakwa di mahkamah minggu depan.

Beliau menyatakan bahawa notis bertulis telah pun dikemukakan dibawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 tetapi syarikat-syarikat berkenaan gagal memberi respon.

“Berdasarkan siasatan awal ketiga-tiga syarikat pengangkutan berkenaan telah diluluskan permohonan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawasan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

“Syarikat terbabit antara 41 penerima manfaat SKDS 2.0 yang diperiksa bagi mengesan sebarang kenaikan caj perkhidmatan atau kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya selepas pemeriksaan Op Kesan 2.0 sempena Aidiladha di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) semalam.

Beliau menambah pihaknya akan meningkatkan pemeriksaan ke atas syarikat penerima manfaat SKDS di sekitar negeri itu secara berperingkat bagi mengekang kenaikan harga perkhidmatan atau barangan yang tidak munasabah.

Setiap hari, lima kumpulan membabitkan 17 penguat kuasa akan digerakkan bagi memeriksa syarikat terbabit dan notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 akan dikeluarkan sekiranya mereka dikesan melakukan kesalahan berkaitan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kenaikan harga barang atau perkhidmatan melibatkan penerima manfaat SKDS boleh melaporkannya kepada KPDN di talian 012-6654292 agar tindakan lanjut boleh diambil,” katanya, lapor Bernama.

Tiada ulasan: