"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beruntung sangat dia: Lelaki ucap syahadah sebab nak jenazah diurus masjid, ‘pergi’ sehari lepas masuk Islam

WAN SITI AMINAH

Demi menunaikan impian agar jenazahnya diuruskan oleh pihak masjid, seorang lelaki rela mengucapkan dua kalimah syahadah dan keluar daripada agamanya.

Namun siapa sangka, warga emas itu kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipercayai di sebuah pusat perubatan hanya selepas 24 jam memeluk agama Islam.

Difahamkan, lelaki yang berusia 60 tahun itu hanya hidup sebatang kara dan bekerja di sebuah pasar raya berdekatan rumahnya untuk menampung perbelanjaan harian.

Rupa-rupanya, lelaki yang sudah lanjut usia itu sering dikelilingi dengan ramai rakan sekerja beragama Islam sejak dirinya mula mencari rezeki di pasar raya berkenaan.

Lelaki tua berkenaan dikatakan sentiasa menerima layanan yang sangat baik malah sudah dianggap seperti sebahagian daripada ahli keluarga oleh rakan sekerjanya itu.

Namun tidak lama kemudian, tahap kesihatan lelaki yang dikenali sebagai Anthony Mark Wainwright itu menurun dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Semenjak kejadian itulah, baru Anthony sedar bahawa hayatnya tidak lagi panjang berikutan pakar perubatan juga mengesahkan dirinya menghidap penyakit kanser.

Ketika terlantar di katil hospital, Anthony meluahkan hasrat kepada rakan sekerjanya itu untuk mengadakan majlis pengebumiannya kelak di dalam perkarangan masjid.

Rakannya dengan tenang memberikan penjelasan bahawa hasrat Anthony itu sukar untuk ditunaikan oleh mereka berikutan Anthony masih belum memeluk agama Islam.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan yang diberikan, Anthony dengan kadar segera memohon rakannya itu untuk memimpinnya mengucapkan dua kalimah Syahadah.

He died 24 hours after embracing Islam. pic.twitter.com/iwpf6mauxI

— ilmfeed (@IlmFeed) July 30, 2023
Atas ketentuan Ilahi, Anthony yang berasal daripada Birmingham, United Kingdom itu menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat setelah 24 jam memeluk Islam.

Impian terakhir Anthony juga tercapai kerana jenazahnya diuruskan oleh pihak Masjid Green Lane dan pusat komuniti yang terletak berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Sangat mengagumkan, majlis pengebumian Anthony yang sebatang kara itu dihadiri oleh puluhan penduduk beragama Islam tinggal di sekitar Green Lane, Birmingham.

Kisah penghijrahan Anthony itu tular di media sosial malah turut dikongsikan secara meluas oleh beberapa akaun media sosial antarabangsa termasuklah ilmfeed.com.

Rakaman ucapan dua kalimah syahadah oleh Anthony itu juga turut dimuat naik di platform media sosial X (Twitter) menerusi satu hantaran di akaun yang dimiliki @IlmFeed.

Tiada ulasan: