"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sze Fei-Izzuddin juara Terbuka India

K. Parkaran

Pasangan itu menjadi beregu lelaki pertama dari Malaysia menang kejohanan itu sejak 2010.

PETALING JAYA: Beregu lelaki No 1 negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul kejuaraan Terbuka India hari ini, kemenangan pertama bagi beregu dari Malaysia selepas 15 tahun.

Mereka bertarung dalam tiga permainan sebelum berjaya menewaskan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae 21-15, 13-21, 21-16 dalam perlawanan selama 52 minit.

Dengan kemenangan pada kejohanan Super 750 BWF ini, pasangan No 2 dunia itu membawa pulang USD70,300 (RM316,617).

Tiada ulasan: