Mutakhir
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

KERETA dipandu lelaki warga emas terjunam ke dalam longkang ketika mengundur di Jalan SS14, Subang Jaya. FOTO Ihsan Polis.
Subang Jaya: Lelaki warga emas cedera apabila kereta dipandu terjunam ke dalam longkang ketika mengundur di Jalan SS14 di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan kemalangan itu kira-kira 11.20 pagi.
"Siasatan awal mendapati mangsa hendak keluar dari parkir rumah anaknya secara mengundur.
"Namun mangsa dikatakan tidak dapat mengawal kenderaannya sehingga terbabas lalu terjunam ke dalam longkang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa berusia 87 tahun cedera ringan di bahagian dahi.
Katanya, mangsa diselamatkan orang awam yang berada di lokasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan