"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cucu mengaku pukul nenek dengan tali pinggang, ugut guna parang

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Khairul Adam mengaku bersalah mengugut serta mencederakan neneknya. FOTO Alias Abd Rani
Khairul Adam mengaku bersalah mengugut serta mencederakan neneknya. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Pengutip besi buruk berusia 18 tahun mengaku salah memukul neneknya menggunakan tali pinggang dan mengugut warga emas itu dengan parang, ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Yong Peng, di sini, hari ini.

Khairul Adam Yusof membuat pengakuan itu selepas dua tuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya, di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap neneknya berusia 75 tahun di sebuah rumah di Jalan Labis-Yong Peng, di sini, pada jam 6 petang, 6 Oktober lalu.

Tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa denghan tuduhan kedua, iaitu melakukan ugutan jenayah terhadap neneknya dengan mengacukan sebilah parang, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Berdasarkan laporan, kejadian dipercayai berlaku selepas tertuduh memaksa neneknya meminta wang daripada jiran untuk perbelanjaannya, bagaimanapun wanita itu enggan menuruti permintaan cucunya.

Tertuduh yang berang, mengambil tali pinggang lalu memukul bahu kiri dan belakang mangsa serta mengugutnya dengan mengacukan parang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan supaya ia mendapatkan laporan sosial berikutan tertuduh dikategorikan sebagai pesalah muda.

Majistret kemudian menetapkan sebutan kes pada 24 November ini dan menetapkan wang jaminan RM5,000 bagi kedua-dua tuduhan, bagaimanapun tertuduh tidak mampu membayarnya.

Tiada ulasan: