KOSMO

ANNISA dibawa ke Hospital Bhayangkara Bengkulu selepas menghubungi polis untuk mendapat bantuan. - Lambe Turah
JAKARTA – Seorang pelajar perempuan nekad menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan selepas dia jatuh sakit dan tinggal bersendirian di bilik sewa di wilayah Bengkulu, lapor laman berita Lambe Turah,
Kejadian berlaku di kawasan Jalan Merpati 16, Desa Rawa Makmur Permai, baru-baru ini.
Pelajar bernama Annisa Laghpi itu dilaporkan tidak sihat dan tidak mempunyai keluarga terdekat untuk membantunya mendapatkan rawatan.
Kerana tidak tahan dengan keadaannya, Annisa segera menghubungi Pusat Panggilan Polis Negara 110 untuk membawanya ke hospital.
Polis bergegas ke rumah sewa Annisa selepas menerima laporan dan membawanya ke Hospital Bhayangkara Bengkulu. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan