"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek pembunuh bersiri makan 38 orang diberkas

KOSMO!
GAMBAR menunjukkan suspek. - AGENSI
KAMPALA – Seorang suspek pembunuh bersiri yang dituduh membunuh dan makan 38 orang di serata  Uganda dalam tempoh 15 tahun kini berdepan hukuman mati, lapor laman web metro.uk. semalam

Mujurizi Moses dipercayai menjadi suspek pembunuh bersiri paling terkenal di Uganda. Dia, dituduh menceroboh masuk ke dalam rumah dan menyembelih seluruh keluarga dengan parang.

Dalam satu kenyataan semalam,  pegawai polis tertinggi Uganda, Muhoozi Kainerugaba mengumumkan penangkapannya dengan mengeluarkan gambar suspek yang mengalami pendarahan pada bibir.

“Saya gembira untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa pasukan keselamatan telah menangkap Mujurizi Moses yang jahat. Pembunuh bersiri dan kanibal terburuk dalam sejarah Uganda.

“Dia membunuh dan memakan 38 orang antara tahun 2010 hingga  2025 di Masaka, Ibanda dan Kazo. Kami akan membicarakannya secara terbuka dan pasti akan melakanakan hukuman mati,” kata Kainerugaba.

Rekod polis telah mengenal pasti seorang suspek pembunuh bersiri bernama Fred Mujulizi  yang juga dikenali sebagai Kulaish Kamugisha, seorang pembunuh upahan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan di Greater Masaka dengan poster orang dikehendaki diedarkan di seluruh negara.

Menurut siasatan, penyerang yang dikaitkan dengan Mujulizi ini didakwa menebuk dinding rumah mangsa sebelum menyerang penghuni dengan parang.

Dalam insiden terburuk, rakan subahatnya dilaporkan menebuk lubang pada rumah seorang paderi, Steven Mugambe sebelum menetak semua penghuni sehingga mati.

Orang awam telah tampil mendakwa bahawa suspek telah membunuh ahli keluarga mereka, dan polis menyatakan, pihaknya  sedang menyemak dakwaan tersebut.

Laporan tersebut menyatakan bahawa seramai 35 orang telah terbunuh dalam serangan serupa di seluruh Greater Masaka, namun angka tersebut tidak pernah disahkan secara rasmi.

Mujulizi juga dilaporkan telah ditangkap beberapa kali tetapi berjaya melarikan diri atau dibebaskan kerana tidak cukup bukti.

Pada 16 Oktober 2026, Rangkaian Radio Uganda melaporkan bahawa Mujulizi berdepan tuduhan membunuh dan pemerdagangan manusia berikutan pembunuhan seorang wanita pada 28 September lalu di Greater Masaka.

Polis berkata,  wanita tersebut diumpan  dengan janji hubungan cinta sebelum dibunuh dalam kejadian yang disyaki sebagai ‘pembunuhan ritual’. – AGENSI 

Tiada ulasan: