"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ha ha ha! Umno: Anak Ismail Lasim ‘spill the tea’ ada pihak jadi kambing hitam

NOR SHAFAWATI YUP
Status hantaran Naim Ismail di laman Instagramnya
SEREMBAN – Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mempersoalkan kenyataan dikeluarkan pihak lain berhubung perletakan jawatan bapanya sama ada atas arahan parti.

Menerusi hantaran di status media sosial Instagram, anaknya, Naim Ismail yang menggunakan akaun @naimismaill_ memberikan isyarat seolah-olah ada pihak lain yang menjadi ‘kambing hitam’.

“Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?,” tulisnya.

Menurutnya, dari awal lagi segala arahan parti telah dipatuhi bapanya, namun mengecewakan apabila ia berakhir begini.

Dalam hantaran sama, beliau turut mengingatkan pihak tertentu tidam menjadikan orang lain sebagai kambing hitam demi kepentingan masing-masing.

“Belum apa-apa selesai dah ada usaha untuk menjatuhkan orang sendiri. Jangan kerana kepentingan pihak tertentu orang lain dijadikan kambing hitam. Kalau betul nak menjaga parti, jangan sampai orang sendiri diperlakukan macam ini,” katanya.

Jelasnya, semua orang tahu apa yang berlaku dan jangan buat seolah-olah hanya satu pihak yang bersalah.

Sebelum ini, media melaporkan, Ismail meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Tuanku Muhriz berkuat kuasa Isnin.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: