"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM enggan ulas 'Bangkitlah Melayu' Utusan

 Jimadie Shah Othman 
Perdana Menteri mengelak mengulas laporan Utusan Malaysiakelmarin yang  menyeru orang Melayu "bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan".

Datuk Seri Najib Razak berkata, sama ada berita utama itu bertentangan dengan konsep "Satu Malaysia" yang dipromosi olehnya, ia terserah kepada penilaian seseorang.

"Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing. Tetapi bagi saya... Saya bukan bercakap daripada segi (laporan) 
Utusan, ya? Secara umumnya, saya tidak mahu sikap yang keterlaluan dalam negara kita.
"Tidak kiralah (sikap) keterlaluan itu daripada mana-mana pihak (pun). Kita mesti bersikap sederhana. Islam merupakan agama yang menggalakkan pemikiran dan amalan sederhana. 

"Kita tidak boleh bersifat perkauman. Kita tidak boleh berfikir secara keterlaluan," katanya selepas merasmikan perhimpunan tahunan dewan perniagaan Cina terbesar ACCCIN di Klang, Selangor.  
-malaysiakini-

Tiada ulasan: