"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zambry Dicabar Bubar DUN Bukti BN Diterima Rakyat

Zambry Dicabar Bubar DUN Bukti BN Diterima Rakyat

   

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh hari ini mencabar Menteri Besar Perak lantikan BN, Datuk Dr. Zambry Kadir untuk membubar Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya benar dakwaan beliau yang menyatakan Barisan Nasional masih diperlukan dan diterima rakyat Perak berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Salman hairan dengan kenyataan Dr Zambry di dalam media cetak yang mendakwa kemenangan PAS di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.

Beliau juga menyelar keras kenyataan Dr Zambry menuduh kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hanya meraih undi pengundi bukan melayu yang terpengaruh dan terpedaya dengan dakyah PAS dan DAP.

Tambah Salman keputusan PRK baru-baru ini adalah isyarat jelas rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak awal Februari lalu. BN sebenarnya menguasai kerajaan dengan cara yang tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri serta membelakangkan undang-undang tubuh negeri Perak. 

 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: