"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid sambut baik keputusan pusat sambung rundingan air

 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan Kerajaan Negeri terus mengadakan rundingan terhadap penyusunan semula perkhidmatan air, sekaligus mengambil alih industri air negeri ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan kerajaan Persekutuan itu sejajar dengan kehendak Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006, yang antara lain menyatakan perlunya menyusun semula dan meningkatkan kecekapan industri air di Malaysia.

Katanya, Kerajaan Selangor bersedia untuk menyambung semula perbincangan tetapi menekankan supaya tiga pihak, iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat konsesi mempunyai wakil masing-masing dalam proses perbincangan yang dirancangkan.

Bagi mencapai tujuan ini, Kerajaan Negeri mencadangkan mantan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Tun Dr. Lim Kheng Yaik untuk mengetuai rundingan bagi pihak Kerajaan Persekutuan.

Tan Sri Khalid yakin wakil-wakil Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat konsesi boleh mengadakan rundingan yang mesra bersama-sama Dr. Lim.

“Kita harap rundingan ini nanti dapat mencapai keputusan yang memihak kepada kepentingan orang awam.

"Ini kerana Kerajaan Negeri begitu mengambil berat untuk meningkatkan 
kecekapan pengendalian industri air, berusaha menurunkan tarif dan mengekalkan pemberian air percuma bagi 20 meter padu," katanya.

-TVSelangor-


Tiada ulasan: