"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Umno Mushkil Dan Mula Khuatir Dengan Konsep 'One Malaysia

Umno makin kronik akibat 'One Malaysia'
Wan Nordin Wan Yaacob  

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Konsep 'One Malaysia' yang diumumkan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dikatakan hanya akan memporakperandakan Umno sahaja.

Demikian kata Pengerusi Cesmacs, Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty kepada Harakahdaily mengulas konsep 'One Malaysia' baru-baru ini.

"Akan berlaku krisis dalam kepimpinan dan pengikut Umno tentang konsep ini sebab mungkin banyak kompromi yang akan dibuat Najib dalam konteks kedudukan istimewa orang Melayu, dan saya telah dengar bisikan bawah yang nak penjelasan Najib apakah itu One Malaysia," katanya.

'One Malaysia' kata Dr Muhammad Nur, hanya akan mengundang kebimbangan di kalangan ahli mahupun pimpinan di peringkat bawah yang merasakan akan ada hak mereka yang akan kompromi selepas ini.

Tiada ulasan: