"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rujuk Kes Penggantungan Gobind Singh Deo Ke Mahkamah Persekutuan

Speaker Tiada Hak Untuk Gantung Ahli Dewan, Jika Dr.Zambry Kadir Terlepas Daripada Hukuman Maka Bagaimana Pula Gobind Singh !!

Sesungguhnya keputusan Mahkamah Persekutuan menyebelahi Dr.Zambry Abdul Kadir dalam isu penggantungan beliau dan exco kerajaan negeri adalah sesuatu yang agak menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Panel hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Alauddin Mohd Sherif hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri PerakV.Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Alasannya ia bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Persekutuan. Justeru itu ini bermakna, undang-undang persekutuan tidak memberi kuasa kepada mana-mana Speaker Dewan untuk menggantung mana-mana wakil rakyat sebenarnya. Jika inilah keputusannya, maka sepatutnya kes yang melibatkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo (foto) juga perlu dilihat dalam konteks yang sama. Ini bermakna beliau juga harus dibebaskan daripada penggantungan menghadiri sidang dewan rakyat selama satu tahun. Jika ada Undang-Undang Persekutuan yang memperincikan perkara itu, ia bermakna Pakatan Rakyat juga boleh mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat itu sendiri. Jangan bersikap "double standard" dalam kes ini. Jika tidak rakyat tetap akan mengatakan bahawa keputusan yang dibuat terhadap kes Perak itu hari ini memang sudah dircancang dan mendapat perkenan daripada Perdana Menteri, Najib Razak sendiri. 

[Jika dilihat kepada keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu, maka tidak salah lagi apa yang berlaku kepada Gobind juga harus dilihat dalam aspek undang-undang. Ahli Parlimen Puchong itu cuma bercakap berasaskan kepada keraguan dan kekeliruan majoriti rakyat terhadap imej Perdana Menteri itu. Tambahan pula, laporan tentang penglibatan beliau dengan kes Altantunya juga telah disiarkan dalam akhbar Perancis "Libertation" dan banyak laman-laman web di seluruh dunia. Beliau hanya mahukan Najib Razak menjawab tohmahan itu dan menghilangkan keraguan rakyat. Inilah tanggungjawab wakil rakyat sebenarnya. Namun, kenapakah beliau dipersalahkan dan digantung daripada tugasnya. Berdasarkan kepada undang-undang persekutuan, maka Gobind juga harus bebas dari hukuman itu sebenarnya jika kerajaan serius dan ingin mengikut perlembagaan yang telah termaktub].

Tiada ulasan: