"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kehidupan rakyat akan lebih baik di bawah Pakatan Rakyat

Hashim Abdullah  

TEMERLOH, 16 April (Hrkh) - Rakyat di negeri Pahang akan dapat menikmati suasana kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang mentadbir negeri pada masa depan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk memastikan kehidupan yang lebih baik itu menjadi kenyataan sebagaimana rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekarang maka rakyat mestilah menentukan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS, Keadilan dan DAP menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Masa untuk mengharapkan Umno dan BN mentadbir negeri dan negara dengan baik telah berakhir. Walau apapun perubahan yang dilakukan pemimpin Umno mereka tidak akan mampu mengatasi budaya politik yang rasuah lagi merosakan kerana ia telah membudayai kehidupan dari atas hinggalah ke bawah sejak sekian lama," kata Tuan Ibrahim dalam program Penerangan PAS Kawasan Temerloh yang diadakan di Kampung Paya Kecik, dekat sini, baru-baru ini.

Tambah Tuan Ibrahim, bagi merealisasikan kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat di negeri ini beliau mahukan setiap petugas PAS dan Pakatan Rakyat bekerja keras dari sekarang untuk memastikan rakyat mendapat maklumat secukupnya dan di sepanjang masa.

"Saya mahukan setiap ahli dan pertugas parti meningkatkan usaha berganda bagi memastikan setiap rakyat mendapat maklumat secukupnya tentang perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita amat berkeyakinan perubahan rakyat sebagaimana yang ditunjukkan semasa pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil selepasnya terutamanya di pantai barat dan utara semenanjung akan sampai ke sini. Tsunami politik itu akan sampai dan kita akan memperolehi kejayaan tetapi kita kena kerja kuat lagi," katanya. 

Tiada ulasan: