"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Jangan Leka Dengan Kemenangan

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan penyokong Keadilan dan Pakatan Rakyat tidak leka dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta tidak lalai mengharung perjuangan ke arah perubahan senario politik negara.

"Kemenangan pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan alasan untuk pendokong PKR leka dan enak diulit khayal. 

"Usaha penerangan serta pemantapan tekad juga iltizam perjuangan perlu diperhebat. 

"Ahli parti perlu diingatkan rasuah dan gagal melaksanakan tanggungjawab hanya akan mengundang kekalahan. Kita tidak perlu kepada mereka yang sengaja menghampakan amanah rakyat," beliau menulis dalam blog rasmi, anwaribrahimblog.com

Semasa hadir di majlis perasmian Pusat Khidmat Bukit Selambau baru-baru ini bersama ahli dewan undangan negeri yang baru dipilih, S. Manikumar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain, Datuk Seri Anwar mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan rakyat Bukit Selamat terhadap kepercayaan dan mandat yang diberikan pada pilihan raya kecil 7 April lalu.

"Arus perjuangan baru untuk bangsa sangat diperlukan di saat politik lama masih tegar dianuti oleh segelintir walaupun diberi bungkusan baru. 

"Saya mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan yang masih bersama-sama dengan proses pembungkusan semula tersebut.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk Bukit Selambau kerana memilih perubahan dan kerana memilih PKR," komen beliau lagi. 
 -TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: