"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mohammad Hassan dicabar letak jawatan MB!

Faiz Abdullah  

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar mencabar Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohammad Hasan untuk meletak jawatannya selepas kalah dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

"Beliau seharusnya mengikut jejak langkah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato' Shahrir Samad yang meletak jawatan setelah tidak mendapat tempat dalam Majlis Tertinggi Umno," ujar Zulkifly kepadaHarakahdaily hari ini.

Memandangkan Mohammad Hasan merupakan sebelum ini disebut sebagai proksi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, maka lambat laun kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat, katanya.

"Jika Najib melakukan rombakan Menteri Besar, maka ini merupakan satu malu besar kepada Mohammad Hasan," katanya.

"Apatah lagi di Negeri Sembilan sendiri kedudukan pengaruh Mohammad Hasan tidak kukuh.Ramai orang Mohammad Hasan yang memegang jawatan sebagai Exco dan Adun telah kalah dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian," katanya.

"Maka sebab ini saya melihat eloklah beliau melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar sebelum beliau dimalukan oleh Najib dengan menggugurkan beliau," katanya.

Tiada ulasan: