"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

APAKAH IMPLIKASI KALAHNYA ROSLAN SMS?

 Assalamaualaikum,


Diberitakan stiausaha akhbar presiden PAS gagal mempertahankan jawatannya sebagai Yang DiPertua PAS Kelana Jaya yang disandangnya selama dua penggal.

Ini adalah satu perkembangan biasa dalam mana mana organisasi. Tetapi ia juga adalah petunjuk kepada aliran pemikiran yang sedang beraku dalam PAS. Oleh kerana Roslan adalah setiausaha akhbar kepada presiden PAS, maka, perubahan ini juga menunjukkan satu keinginan baru yang cuba ditonjolkan oleh orang PAS.

Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa isu yang menjadi bahan tidak puas hati di kalangan akar umbi PAS. Terutamanya isu bertemu, berbincang dan membuat satu persefahaman dengan UMNO dan BN, seperti yang dihebohkan di Selangor baru baru ini.

Isu kerajaan persepakatan antara PAS dengan UMNO yang telah dilontar kepada masyarakat oleh Presiden PAS. Ia juga diikuti oleh kenyataan oleh Mursyidul 'Am PAS mengenai bahawa beliau adalah nakhoda PAS, dan dalam jamaah tidak boleh ada dua nakhoda.


Walaupun Mursyidul 'Am tersebut telah memberi laluan kepada ahli PAS untuk membuat perubahan kepada mana mana jawatan dalam PAS, namun, kedudukan presiden PAS tidak akan tergugat pada pemilihan kali ini.

Pertama, kerana beliau telah membawa dua kemenangan dalam dua pilihanraya kecil, iaitu parlimen Kuala Terenggan dan parlimen Bukit Gantang; dan kedua kerana beliau adalah otoriti dalam hukum hakam Islam yang disegani di dunia. Tidak ada calon setakat ini yang mampu menandingi beliau.

Jadi, yang akan menerima kesan daripada perubahan pemikiran dalam PAS sekarang ini ialah mereka yang berada di sekeliling presiden.

Tiada ulasan: