"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 Adun BN Hangat-Hangat Tahi Ayam

KESEMUA 10 Adun BN yang memboikot sidang Dewan semalam hari ini kemabali tercokol di kerusi masing-masing. Apakah keselamatan mereka sudah terjamin ataupun diberi kata dua oleh Presien Umno, Najib Razak. Semalam Najib mengatakan dia akan menanyai MB Terengganu berhubung krisis kecil yang berlaku di Terengganu itu.

Tentu Mat Said tersenyum lebar meliha gelagat anak buahnya itu. Bagi Mat Said krisis kecil itu tidak pun memberi apa-apa bekas kepadanya. Lainlah kalau 10 Adun itu keras kerak untuk tidak terus hadir sidang Dewan.

Apabila kesemua mereka hadir termasuk Rosol Wahid yang dianggap sebagai ketua bermakna tindakan atau mesej yang dihantar oleh 10 orang itu tidak akan menakutkan Mat Said. Mat Said kini seperti sudah mendapat perlindungan dan ada insuran nyawa politik dari Kuala Lumpur.

Benar juga kata seorang penjenguk blog 
Merah Tinta, tindakan 10 Adun BN itu tidak berapa cerdik. Kalau sungguh mereka mahu mengemukakan undi tidak percaya kepada Mat Said kenapa tidak berunding dulu dengan lapan Adun Pas. Biar Adun Pas yang bawa dan mereka jadi tukang sokong.

Kalau pelan itu dipakai barulah tidak terdedahkan kebodohan ke 10 Adun berkenaan. Walaupun mereka menggatakan keputusan mereka tidak hadir ke sidang Dun itu kerana keselamatan mereka tidak terjamin ekoran ada SMS yang mengancam nyawa mereka, tetapi orang tahu apakah hujung jatuh tindakan itu.

Masakan tahap keselamnatan di Dun tiba-tiba kembali kebal menyebabkan mereka masuk semula ke Dun? Apakah tahap keselamatan Dun sebelum ini begitu longgar? Lain kali kalau nak buat sesutau tindakan dan ugutan biarlah cerdik dan profesional sikit. Sekali buat silap maka lain kali sukar untuk orang mempercayainya.

Kini Mat Said boleh ketawa besar dengan telatah 10 Adun BN yang menentangnya itu!   
http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: