"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fairus tiada pengganti, nasib Elizabeth?

PKR setakat hari ini masih belum membuat keputusan calon pengganti timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang yang kosong susulan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin minggu lalu. 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata beliau memberikan lebih masa kepada penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu tersebut. 

Minggu lalu, Lim memberikan tempoh selama seminggu kepada PKR sehingga hari ini untuk menamakan calon jawatan tersebut.

Walaupun kecewa dengan kelengahan tersebut, tambah pemimpin kanan DAP itu, beliau faham tekanan politik yang dihadapi Anwar untuk membuat keputusannya.

Lim menambah, kelewatan itu membuka spekulasi di kalangan orang ramai termasuk kemungkinan Anwar ingin satu pilihanraya kecil diadakan di DUN Penanti, kini diwakili Mohammad Fairus. 

ADUN PKR itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Sementara itu, mesyuarat exco kerajaan Selangor - yang diketuai pemimpin PKR, Tan Abdul Khalid Ibrahim - akan menentukan sama ada menerima atau tidak peletakan Elizabeth Wong sebagai exco pelancongan dan hal-ehwal pengguna. 

Elizabeth, juga ADUN PKR bagi Bukit Lanjan, yang berdepan dengan isu penyebaran foto mengaibkannya sejak Februari lalu menawarkan untuk melepaskan kedua-dua jawatan exco dan wakil rakyat.
 -malaysiakini-

Tiada ulasan: