"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, 84 bertunang model 24 tahun


HUGH HEFNER dan teman wanitanya, Crystal Harris menghadiri majlis tayangan perdana Iron Man 2 di pawagam El Capitan di Los Angeles pada 26 April lalu.

CHICAGO:Pemilik majalah bogel Playboy, Hugh Hefner, 84, mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanitanya yang merupakan seorang model, Crystal Harris, 24, setelah mereka bertunang, lapor sebuah akhbar semalam.

"Selepas menonton filem malam ini (kelmarin), saya dan Crystal bertukar-tukar hadiah. Saya memberinya sebentuk cincin. Hari menjelang Krismas yang penuh bermakna," kata Hefner melalui Twitternya kelmarin.

Komen terbaru melalui Twiiternya mengenai lamarannya itu menyatakan: "Ketika saya memberi cincin itu kepada Crystal, dia menitiskan air mata. Hari Krismas yang paling indah".

Tunang Hefner, Crystal turut meninggalkan komen ringkas di Twitter dengan menyatakan: "Krismas yang paling bermakna".

Hefner turut memberi penjelasan lanjut mengenai komen-komen yang dibuatnya dan Crystal di Twitter berkaitan pertunangannya itu.

"Ya, cincin yang saya berikan kepada Crystal adalah cincin pertunangan kami. Saya tidak berniat untuk menimbulkan tanda tanya. Selamat Hari Krismas kepada semua," kata Hefner di laman sosial Twitter. 
-Agensi-

Tiada ulasan: