"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahfuz letak jawatan: Saya tak tahu apa-apa, kata MB Kedah

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato Sdn Bhd baru-baru ini.

Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu.

“Saya tidak tahu apa-apa, saya juga tidak terima surat lagi.

“Saya tak dapat apa-apa maklumat mengenai (peletakan jawatan Mahfuz) itu,” kata beliau sambil meminta semua pihak jangan buat spekulasi yang bukan-bukan.

Mahfuz berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Kedah Sato berkuat kuasa serta-merta.

Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

“Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato,” katanya.

Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.

“Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...,” katanya.

Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar, Mahfuz berkata: “Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya.”

Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: