"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Chua Soi Lek Menghina Islam lagi....

AnakSgDerhaka
Ketika kempen PRK DUN Tenang sedang rancak berjalan Presiden MCA, Parti yang menjadi sekutu UMNO dalam Barisan Nasional telah menunjukkan kejahilan atau ketidak prihatinan beliau tentang ajaran agama Islam.

Dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, Chua secara sarkastik membuat perbandingan antara cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.

Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Dan tindakan Chua Soi Lek yang menyentuh soal wanita Islam bersalam itu telah dianggap sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.


Justeru itu, Harussani menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam - sila baca sepenuhnya di SINI

Bagaimanapun tindakan Chua Soi Lek mempersendakan hukum Islam itu di restui oleh Muhyiddin Yassin dari UMNO dengan berkata ianya adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka - sepenuhnya di SINI

Semalam The Star melaporkan sekali lagi Chua Soi Lek telah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam.. beliau telah berkata hasrat PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di negara ini adalah langkah kebelakang dan ianya menakutkan para Pelabur.

Artikel berkenaan sila baca di SINI

Tiada ulasan: