"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menanti Haji Najib Dan Mak Haji Mah Balik!

Mohd Sayuti Omar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCzO7_0EZaGjak4rox3tcqyH0LtXcLSAsMAm0up3ho_fT3lPjRYNukDKFf3UfD-7hQvKq7Y6EaWApzokQRLrmeB8eDjONaMQbv9NAfO7C6gAK2BWPcgSuvq_1iY_XjsC_ZKPMw5axiGg/s1600/najibtawaf.jpgPerdana Menteri Najib Razak bersama ini sudah pun dilaporkan berada di Makkah. Beliau sudah pun melakukan tawaf hijrah. Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan jemaah. Laporan sebuah saluran tv, seramai 1,000 orang jemaah beramah mesra dengan Najib.

Jemaah yang sempat berjumpa dengan Najib melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana dapat berjumpa dengan PM di tanah suci. Ada yang berair mata kerana gembira. Mungkin kalau tidak kerana berada di Makkah mereka tidak akan berjumpa dengan Najib dari dekat.

Almaklumlah perdana menteri sibuk. Najib sendiri baru setahun dua ini mulai turun pandang melakukan perangai arwah ayahnya. Sebelum ini beliau agak jarang turun padang. Anak bangsawan senang di awan bukan di sawah ladang.

Pemergian Najib ke Makkah dipandang serong oleh sesetengah orang. Berbagai kecaman dan ejekan dilakukan kepada Najib. Ada yang mengatakan Najib sengaja naik haji kerana ingin mencari menjadi populis menjelang pilihan raya. Saya rasa bidasan itu sangat nakal.

Begitu juga dengan aksi Rosmah yang tidak menutup kepala semasa menaiki jet untuk ke Makkah. Cara berpakaian Rosmah itu menjadi cemuhan. Cara dia berpakaian ini menjadi kemarahan dan sendaan. Saya tidak fikir ulama yang berderu dalam Umno tidak memberi pandangan. Atau Toh Puan Rahah ada apakah dia tak tegur. Atau cara Rosmah berpakaian itu tidak memberi apa-apa kesan kepada iman Rosmah dan politik Najib.

Saya tidak mahu tumpang mengatakan di sini. Cuma saya berharap kita semua berdoa agar Tuhan memberi taufik dan hidayah kepada mereka dan semua yang ke tanah suci. Biarlah tempiasnya juga mengalir kepada kita dan negara ini.

Itu lebih baik daripada kita dok mengata. Sama-samalah kita menanti kepulangan Haji Najib dan Mak Haji Rosmah. Mana tahu, Tuhan itu maha pengasih lagi penyanyang dan pembuka pintu hati. Salam dari kejauhan..

Tiada ulasan: