"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rosmah ‘Wanita Pertama’ beli mutiara RM487,000 di Australia?

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.
Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.

Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga gemar mempamerkan kemewahan termasuk memakai beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Minggu lalu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin meminta Rosmah menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan itu.

1 ulasan:

Awanama berkata...

nama pun spekulasi, belum tentu betul..dahla tu nama rosmah tak pulak disebut dimana-mana dalam artikel tu, sekadar menyebut first lady..negara mana pun tak sebut, macam mana kata itu rosmah?

anak dia pun tak ikut, siapa ada gambar yang anak dia ikut sama dalam trip ke perth?