"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saintis di China cipta protein dalam darah daripada beras

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Sekumpulan saintis di sebuah universiti di China semalam menyatakan mereka berjaya menghasilkan albumin daripada beras.

Albumin adalah sejenis protein yang ditemui dalam darah manusia yang digunakan untuk merawat kesan melecur, kejutan trauma dan penyakit hati.

"Apabila diekstrak daripada beras, protein yang dihasilkan adalah sama dengan albumin manusia (HSA) secara fizikal dan kimia," kata laporan penyelidikan berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal AS, Proceedings of the National Academy of Sciences.

Penemuan tersebut merupakan kejayaan besar dalam pengeluaran HSA yang sebelum ini dihasilkan melalui bekalan darah manusia. 
-AFP/kosmo-

Tiada ulasan: