"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azilah Hadri telefon Razak Baginda sejurus sebelum bunuh Altantuya

altantuya razak baginda murder 110707 razak handphoneBeberapa panggilan telefon dikenalpasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dibunuh.
Ini termasuk satu panggilan yang dibuat sejurus sebelum pembunuhan itu - perkara itu dinyatakan pada kertas pertuduhan yang mencatatkan masanya sebagai antara jam 10 malam pada 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi, keesokan harinya - yang menyaksikan Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Azilah menelefon Abdul Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika itu, pada jam 9:41 malam, 19 Oktober 2006, dan perbualan telefon itu berlangsung selama 40 saat.

altantuya razak baginda mongolian murder 250607 shamePanggilan itu dirakamkan oleh syarikat pengendali telefon dilakukan sekitar pondok tol di Jalan Duta. Pada hari berikutnya, sekitar jam 10:41 pagi, Azilah sekali lagi berhubungan dengan Abdul Razak selama 32 saat.
Azilah dan Sirul - kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Timbalan Perdana Menteri - bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan yang sedang dibersihkan di Shah Alam enam tahun lalu.

Walau bagaimanapun, bentuk perbualan antara Abdul Razak dan Azilah tidak diketahui.

Azilah dan Sirul membawa Altantuya dari luar rumah Abdul Razak di Damansara Heights pada malam 19 Oktober, selepas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang ketika itu berkhidmat dengan penganalisis politik itu, menyerahkannya kepada mereka.

1 ulasan:

separuh jingga berkata...

Salam,,

Mohon pihak tuan empunya blog dapat senaraikan blog http://separuhjingga.blogspot.com/ diblog tuan.. Blog tuan dah dilinkkan dalam blog saya..Terima Kasih