"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mashitah Dah Insaf, Tulisannya di Sinar Harian Telah Dipadam

laniismaa

Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam.


Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf.

Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012.
 
Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa;
  • Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya.

  • Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang.

  • Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam.

Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!!

Tiada ulasan: