"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Syukur, 60,000 hadiri Fastaqim' - Takiyuddin Hassan (5 Gambar)

Kira-kira 100,000 penyokong PAS mengisi ruang Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru malam ini, dalam satu perhimpunan raksasa dikenali sebagai Himpunan Fastaqim (H60K). – Gambar The Malaysian Insider, 17 Oktober, 2015.

H60K: Ribuan penyokong Pas berhimpun
Himpunan Fastaqim
PAS bersyukur kerana matlamat mereka untuk mengumpul seramai 60,000 orang dalam Himpunan Fastaqim (H60K) hari ini berjaya.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau berpendapat PAS mencapai sasaran ditetapkan itu berdasarkan kiraan anggaran dibuatnya bersama polis.

"Kita bersyukur kepada tuhan. Malam ini saya bersama pegawai polis tadi buat anggaran kehadiran.

"Semasa program sembahyang tadi kita anggar ditengah padang lebih kurang 40,000 orang. Di sekeliling atas (kerusi) kapasiti stadium ini untuk muat untuk 22,000 orang.

"Kami rasa kami kami capai sasaran untuk 60,000 orang hari ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa program himpunan H60K di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.
-malaysiakini-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau nak diambil kira jumlah khadiran sbegini, sudah lama pas mmimpin negara. Jng lupa mlm td adalah projek kerahan. konteks kdudukan kel, bukti ini belum mjamin klangsungan kmenanga. Tunguulah pru akan datang