"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis cekup warga Australia ludah imam

KOSMO!
Satu rakaman video menunjukkan seorang warga asing mendekati seorang imam sebelum meludah ke mukanya di Masjid Al Muhajir, Bandung semalam. - Foto Instagram@infobandung.news
JAKARTA – Seorang warga Australia yang marah dan meludah imam sebuah masjid di Bandung akhirnya ditangkap polis di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta ketika hendak menaiki penerbangan pulang ke negaranya hari ini, lapor portal berita Tribunnews.com.

Ketua Polis Bandung, Budi Sartono berkata, suspek diberkas kurang 24 jam selepas melakukan perbuatan tersebut.

“Alhamdulillah, kami dapat bantuan ketua imigresen Soekarno Hatta. Ternyata sudah mahu berangkat ke negaranya sehingga kami berkoordinasi untuk melakukan penangguhan sementara yang bersangkutan agar dia ditahan terlebih dahulu untuk memberi keterangan,” kata Budi hari ini.

Menurutnya, tidak lama selepas video warga asing itu meludah seorang imam masjid menjadi tular, pemburuan suspek bermula pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) tadi dan akhirnya pihak berkuasa berjaya menahannya di lapangan terbang tersebut.

Semalam Imam Masjid Al-Muhajir, M Basri Anwar di Bandung diludah pada mukanya oleh seorang warga Australia selepas dia berasa terganggu dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibacakan dan berkumandang melalui pembesar suara. – Agensi 

Tiada ulasan: