"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempar: Polis jumpa 3 bom buatan sendiri

Bernama
Ketua Polis Brickfield Amihizam Shukor berkata polis menemukan tiga paip PVC berwarna putih diubah suai menjadi bahan letupan dan alat kawalan jauh yang digunakan untuk meletupkan bom berkenaan. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR: Polis menjumpai tiga paip plastik (PVC) yang diubah suai menjadi bom buatan sendiri di dalam sebuah kedai di Jalan Klang Lama selepas menerima laporan berhubung insiden letupan di premis itu awal pagi tadi.

Ketua Polis Brickfield Amihizam Shukor berkata laporan berhubung insiden itu diterima pada kira-kira 6 pagi melalui panggilan telefon daripada pengawal keselamatan di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan anggota polis menemukan tiga paip PVC berwarna putih yang telah diubah suai menjadi bahan letupan selain alat kawalan jauh yang digunakan untuk meletupkan bom berkenaan.

“Siasatan lanjut menemukan tiga kesan cap jari di lokasi kejadian dan pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup berjaya mengesan pergerakan dua suspek lelaki di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta hadir ke balai polis berkenaan atau menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Tiada ulasan: