"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perodua Kelisa langgar 4 warga Bangladesh, seorang ditidurkan

Zaid Salim
am@hmetro.com.my KEADAAN Perodua Kelisa yang melanggar empat warga Bangladesh. FOTO Ihsan PDRM.
KEADAAN Perodua Kelisa yang melanggar empat warga Bangladesh. FOTO Ihsan PDRM.
Marang: Seorang lelaki ditidurkan manakala tiga lagi rakannya cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer (KM) 51, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, Merchang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian berlaku ketika empat rakan terbabit sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah mereka sebelum dilanggar sebuah Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun jam 12.30 tengahari tadi.

Katanya, sebelum kejadian pemandu kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Shukur, Dungun.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kelisa berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terlanggar empat lelaki terbabit yang sedang berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli barangan di kedai runcit di kampung berkenaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Zain berkata, akibat kejadian itu, seorang daripada mangsa, Md Shiblu Rahman, 39, terpaksa ditidurkan manakala tiga lagi rakannya, Md Bulbul Sikder, 38, cedera bahu kanan, Md Abdur Roshid, 39, cedera paha kanan manakala, Md Hridoy Khan, 28, patah peha kanan dan dirawat di Hospital Dungun.

"Semua mangsa adalah warga Bangladesh yang bekerja sebagai buruh di sebuah tapak projek solar di kampung berkenaan.

"Pemandu Perodua Kelisa berusia 24 tahun dan bekerja sebagai tukang jahit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tiada ulasan: