"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kondominium

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Gombak: Seorang wanita ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 13 sebuah kondominium di Taman Sri Gombak di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Selayang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 3.01 petang.

"Dilaporkan seorang wanita tempatan berusia 20 tahun bertindak terjun dari bumbung tingkat 13 sebuah kondominium.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: