KOSMO!
Anggota penyelamat memeriksa kenderaan-kenderaan bagi mencari mangsa-mangsa banjir kilat. - Solarpix
MADRID – Seorang wanita ditemui selamat selepas tiga hari terperangkap di dalam kereta bersama iparnya yang telah mati, akibat banjir kilat di Valencia, Sepanyol, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu diselamatkan dari sebuah terowong yang dipenuhi air banjir di bandar Benetusser, pinggir Valencia.
Anggota-anggota penyelamat menemui wanita tersebut selepas mendengar jeritannya yang meminta tolong dari dalam kereta yang ditimpa oleh timbunan kenderaan lain.
Mereka ketika itu sedang memeriksa kenderaan-kenderaan bagi mencari mangsa-mangsa banjir kilat sebelum menemui wanita tersebut masih hidup.
Menurut laporan media tempatan, dia terperangkap kerana terdapat beberapa kenderaan lain yang menimpa keretanya ketika menunggu bantuan tiba.
Jumlah kematian akibat banjir kilat yang berlaku pada Selasa lalu meningkat daripada 207 kepada 211 orang tetapi angka itu dijangka meningkat lebih tinggi. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan