"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 sekawan dipenjara 36 tahun, 12 sebatan kerana bunuh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Lima sekawan dijatuhkan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki tujuh tahun lalu.

Hakim Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman ke atas Aizz Amidie Aziz, 30; Mohd Hafify Mat Nawi, 28; Mohd Uwais, 29; dan dua beradik Mohd Rizalman Awang, 34, serta Zahaman Fairol, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.

Menurut Harian Metro, Wahab dalam penghakimannya berkata, pembelaan tertuduh kelima tidak dapat diterima mahkamah kerana tidak memasukkan notis alibi sejak permulaan kes, manakala pembelaan tertuduh pertama hingga empat pula bersifat penafian semata-mata.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, di kawasan paya Kampung Pengkalan Nyireh di Kampung Raja, Besut antara 4.40 hingga 5.15 petang 21 Jun 2017.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mereka diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan pindaan mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap semua tertuduh bermula daripada tarikh tangkapan.

Tiada ulasan: