"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas pecahkan cermin kereta, lelaki bermotosikal tunjukkan ini kepada Safiq Rahim Harapandaily

Harapandaily

Giliran pemain Johor Darul Takzim FC, Safiq Rahim pula menjadi mangsa jenayah apabila cermin belakang keretany dipecahkan oleh individu tidak dikenali.

Kejadian mencemaskan itu berlaku berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT), di Sri Gelam kira-kira jam 10.05 malam tadi.

Safiq, 37, memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan itu menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.

Bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan itu memaklumkan telah membuat laporan polis selepas risau dengan keselamatan dirinya.

Safiq memberitahu beliau ketika itu sedang memandu ke arah Pantai Lido, selepas mengambil barangnya di pusat latihan berkenaan kira-kira jam 10.05 malam.

“Ketika sedang memandu, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dibonceng dua lelaki sebelum pembonceng motosikal mengeluarkan sebatang tukul dan mengetuk bahagian cermin belakang kereta saya.

“Saya terkejut dan memberhentikan kereta sebelum dua lelaki itu berhenti di hadapan kereta saya.

“Dua lelaki itu kemudian menunjukkan tukul ke arah saya. Akibat risau, saya mengundurkan kereta dan beredar dari lokasi berkenaan,” katanya dalam laporan polis yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

Nasib Safiq itu berlaku tiga hari selepas tonggak Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid dan seorang lagi pemain, Akhyar Rashid pula disamun dan diserang, di kawasan kediamannya lebih kurang seminggu lalu.

Dalam pada itu, polis sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta Safiq.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata siasatan sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengesan dan menangkap suspek terbabit. Kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan ringkas tengah malam tadi.

Tiada ulasan: