"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hakim: 'Kenapa ambil kesempatan rogol budak itu?'

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Kamu   tumpang mangsa dan keluarganya di rumah datuk kamu sangat baik, sebab dia orang susah. Tetapi, kenapa kamu ambil kesempatan merogol budak itu?" 

Demikian teguran Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat terhadap seorang tukang rumah yang mengaku bersalah, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Zarul Hashimme Md Nordan@Nordin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dibaca terhadapnya.

Dia didakwa merogol mangsa, 12, di Yong Peng, Batu Pahat, 5 petang, bulan lalu.

Ketika itu, mangsa bersama ibunya, tumpang berteduh sejak Disember tahun lalu kerana hidup susah serta mahu memulakan persekolahan.

Pada prosiding itu, Abu Bakar juga memberitahu hukuman perlu mengambil kira kepentingan mangsa serta orang awam dan juga tren hukuman terkini membabitkan kes seperti ini.

"Kalau buat salah, kita kena tanggung. Paling penting kesedaran dalam diri kamu, memandangkan kamu masih muda," katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang berehat dalam bilik di rumah terbabit.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak diketahui ibu remaja terbabit sehinggalah pada sesi pemeriksaan kesihatan di sekolahnya, dia memberitahu guru pernah dipukul ibunya.

Guru terbabit kemudian bertanyakan lebih lanjut sebelum diberitahu mengenai kejadian rogol. Satu laporan polis dibuat mangsa pada 24 April lalu.

Bertindak atas maklumat, polis menahan tertuduh pada 5.30 petang hari sama untuk membantu siasatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan bermula tarikh ditangkap.

Pada masa sama, mahkamah juga memutuskan tertuduh perlu menjalani sesi kaunseling sepanjang menjalani hukuman serta pengawasan polis selama setahun, selari dengan Seksyen 26 dan 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tiada ulasan: