Bernama
Seramai 12 individu direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan dan rusuhan di Pasar Awam Melor di Kota Bharu, Kelantan, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata perintah tahanan reman terhadap lima lelaki dan tujuh wanita berusia lingkungan awal 20-an hingga lewat 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid di sini hari ini.
Beliau berkata tahanan reman itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, polis menahan kesemua suspek bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan