"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

10 lagi individu dicekup kes gaduh guna parang

SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Tangkap layar keadaan mangsa yang parah dalam pergaduhan di Sungai Bakap, minggu lalu.
SEBERANG PERAI – Polis menahan seramai 10 lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan menggunakan senjata parang di sebuah restoran di Sungai Bakap, di sini Selasa lalu sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Seberang Perai Selatan (SPS) dan Taiping, Perak semalam menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 14 orang.

Katanya, empat daripada suspek ditahan dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.

“Kesemua 14 suspek yang ditahan berumur antara 24 hingga 54 tahun itu dipercayai merupakan ahli kongsi gelap yang aktif di negeri ini. Daripada jumlah terbabit, 10 suspek memiliki rekod kesalahan jenayah dan dadah,” katanya.

Katanya, hasil risikan polis turut menggempur beberapa kawasan yang dipercayai menjadi tempat berkumpul ahli kumpulan berkenaan bagi mengesan saki-baki suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Semalam Azizee dilaporkan berkata semasa kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa sedang minum bersama di restoran berkenaan sebelum diserang lebih 15 lelaki.

Katanya ketiga-tiga mangsa merupakan peniaga dan seorang yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dalam keadaan stabil. -KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: