KOSMO

TANGKAP layar video menunjukkan tetamu membawa pulang bakul berisi makanan dan sebuah kipas angin. - TikTok
JAKARTA – Sebuah majlis tahlil di Lamongan, wilayah Jawa Timur menjadi sensasi internet apabila tetamu menerima kipas angin ‘berdiri’ sebagai buah tangan, lapor laman berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @nunuelcidi menunjukkan majlis tersebut dihadiri oleh beratus-ratus orang.
Perakam video dikenali sebagai Nunu berkata, majlis yang dihadiri seramai 500 orang itu diadakan di kediaman milik penduduk bernama Hj. Norwati, baru-baru ini.
“Tetamu dijamu pelbagai hidangan termasuk kuih-muih, buah, nasi beserta lauk dan aiskrim atau lebih dikenali sebagai ais podeng,” kata Nunu.
“Selepas selesai tahlil dan solat berjemaah, setiap tetamu menerima sebuah bakul berisi kek coklat, pelbagai snek dan susu kotak.
“Selain makanan, penganjur turut memberikan kipas kepada tetamu. Semua tetamu membawa pulang kipas yang masih dibalut dengan plastik,” tambahnya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan