"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perihal Mi Celup, Mi Goreng dan Mi Maggi

Oleh : AnakBapa 

Minggu ni perbincangan di ‘blogsphere’ amat menyelerakan. Apa taknya, cerita makan! Ceritanya bermula dengan salah seorang sahabat blogger kita mengisahkan mengenai golongan mi celup, yang merujuk kepada golongan yang berlagak pandai dalam sesuatu bidang padahal hakikatnya tidak begitu. Saya tak nak mengupas lebih lanjut mengenai dakwaan ini tetapi lebih berminat nak komen mengenai cerita mi celup atau mi-mi lain yang sewaktu dengannya.

Jikalau kita kaji cerita mi ni, kita akan dapati makanan jenis ni sebenarnya bukan berasal dari makanan orang-orang Melayu. Ia diciplak daripada masakan orang-orang Cina. Dalam erti kata lain, mi ini terlebih dahulu bertahalluf dengan masakan orang-orang Melayu beratus tahun yang lalu dengan pendekatan ‘tahalluf ta’ami’. Walaupun orang-orang Melayu beragama Islam ketika itu, mereka tidak menolak bentuk makanan yang asing daripada makanan orang-orang Melayu asalkan ianya halal dan baik (halalan tayyiban) dan tambah lagi, sedap. Mereka tidak pula berkata yang makanan ini boleh menjejas ketuanan Melayu dan perlu ditentang habis-habisan. Manakala orang-orang Cina pula tidak berkata bahawa makanan ini adalah hak mutlak mereka dan orang lain tidak berhak meniru atau menciplak makanan tradisi kecinaan mereka. Mereka dengan besar hati meraikan ‘fusion’ atau muhibbah makanan ini dengan tangan terbuka. Hasil daripada tahalluf ini kita dapati hari ini bermacam-macam variasi mi yang wujud, yang bukan saja dimasak oleh orang-orang Melayu, malah juga dari kalangan orang-orang India. Kita tengok ada mi goreng, mi rebus, mi sup, mi kuah, mi udang, mi ketam, mi kari, mi bandung, mi hailam, mi kungfu, mi kantonis, mi segera dan berpuluh-puluh jenis mi lagi di pasaran yang naik bingung kita memilihnya.

Mi celup ni sebenarnya proses penyediaan kebanyakan daripada jenis masakan mi di atas. Ia melibatkan proses merendamkan mi mentah yang kuning tu sebentar di dalam air mendidih sebelum dihidangan dengan kuah dan ramuannya. Mi mentah ini tidak dimasak bersama dengan ramuan dan kuah kerana dibimbangi ia jadi lembik atau ‘soggy’ atau silap-silap jadi bubur. Maknanya peranan mi celup sangat penting. Tanpa mi celup ini, kita tidak akan dapat merasai kelazatan kebanyakan jenis mi yang telah disebutkan sebelum ini. Ia menjadi mi celup bukan kerana ia tidak berkemampuan untuk jadi mi goreng atau sebagainya tetapi kerana peranannya diperlukan menjadi mi celup pada ketika ini. Mi celup bersedia berkorban dengan hanya menjadi mi celup agar kita yang memakannya akan dapat merasai kesedapan maksima daripada masakan ini. Takkan selepas menikmati masakan mi yang lazat ini kita kutuk habis-habis mi celup pula!

Seperkara lagi, apa yang tak kena dengan mi celup ni? Ia hanya melaksanakan tugas mengikut displin yang telah dianugerahkan kepadanya sebagai mi celup. Takkan kita nak suruh mi celup jadi mi goring atau mi maggi pula? Habislah selera kita dan silap haribulan tutup habis gerai-gerai mi sebab mi celup dah mogok dan menyamar sebagi mi-mi lain!

Kisah mi goreng ni pun agak menarik. Kita akui mi goreng ni bukan jenis mi celup kerana dia jenis dimasak lama dengan ramuannya. Itu jika kita nak lihat kepada perbedaannya. Dari segi persamaannya pun agak banyak terutama asal usul mi goreng ini, ia adalah sama dengan mi celup diperbuat daripada mi kuning. Dan mi celup jikalau nak digunakan untuk mi goreng pun memang boleh tetapi kalau mi goreng nak dibuat mi celup mungkin ada masalah sikit.

Satu lagi jenis mi yang unik ialah mi segera terutama mi maggi. Mi jenis ni bukan saja terkenal di kalangan orang-orang dewasa, ia juga terkenal di kalangan pelajar termasuk pelajar-pelajar bakal ustaz kita di dalam dan luar negara. Semasa saya belajar bahasa Arab selama setahun di Jordan dahulu, saya dapati hampir setiap rumah ustaz-ustaz kita mesti ada stok mee maggi ni. Saya tak kata mi ni tak boleh dimakan. Saya cuma ingin berbicara mengenai mi istimewa ini dan kenapa ia begitu terkenal. Pertama, mi jenis ini sangat murah dan mudah didapati di pasaran. Bungkusannya amat menarik dan iklannya amat mengasyikkan, ‘Cepat dimasak Sedap dimakan’ boleh menawan hati sesiapa saja terutama yang jenis malas memasak. Hasil daripada pendekatan pemasaran yang menarik inilah kita dapati mee maggi begitu terkenal dan menghasilkan keuntungan puluhan jutaan ringgit kepada Syarikat Nestle. Tetapi jangan lupa bahawa mee jenis segera ini dipenuhi dengan pelbagai jenis bahan kimia dan ‘taste enhancer’ bertujuan menyedapkan makanan secara tidak asli. Jenis makanan ini pada jangka panjang akan tetap memudaratkan si pengguna yang sentiasa memakannya. Jadi kita perlu berhati-hati kepada jenis mi segera ini, nampak cantik bungkusannya, sedap dan menyelerakan tetapi akhirnya mungkin boleh meracunkan kita. Fikir-fikirkan lah ………

Anak Bapa: Walaupun ada pelbagai jenis mi di pasaran, kita tak lihat mereka bergaduh sesama sendiri dengan dakwaan ia lebih baik daripada yang lain kerana mereka sedar peranan masing-masing dan semuanya berguna kecuali mee segera? 
 

http://anakbapa.blogspot.com/

Laman M@RHAEN

Episod Membalas Dendam Akan Bermula di NSTP?

KATA pepatah sekali bah sekali pasir berubah. Nampaknya lumrah itu tidak akan dapat dielakkan akan berlaku dan menimpa New Straits Time Press (NSTP). Perlantikan Johan Jaaffar sebagai Pengerusi Eksekutif Media Prime yang menguasai akhbar itu serta TV3 dan lain menyebabkan akan berlaku rombakan besar-besar dalam pentadbiran akhbar berkenaan dan juga Berita Harian.

Bekas orang kuat NSTP, Ahmad Taib dikatakan telah dibawa masuk semula oleh Johan untuk menjawat jawatan Penasihat Jabatan Pengarang. Ahmad bakal diberikan kuasa penuh, dan tindakan serta keputusannya akan dirujuk kepada Johan. Apa yang pernah berlaku ke atas Zainuddin Maidin semasa di 
Utusan Melayu nampak berulang di NSTP.

Zainuddin dipecat sebagai ketua pengarang kumpulan kemudian dibawa masuk semula selaku penasihat jabatan pengarang.

Kedududukan Ahmad Taib ini akan menguasai kuasa Ketua Pengarang Kumpulan, Hishamuddin Aun dan Manja Ismail serta Syed Nazri sebagai pengarang 
Berita Harian dan The New Strait Time. Apa-apa keputusan ataupun tindakan bakal dibuat oleh mereka terlebih dahulu akan dirujuk kepada penasihat jabatan pengarang.

Ahmad yang pernah disingkirkan secara halus oleh bekas Ketua Penagarang, Kalimullah Hassan pada tahun 2004 mungkin akan bertindak membersihkan akhbar berkenaan daripada pengaruh bekas ketua yang lalu dan sekaligus membalas dendam! Ini satu hal yang biasa berlaku dalam mana-mana badan korporat.

Ketika menerima nasib buruknya dulu Ahmad ditukar ke bahagian property di mana bahagian yang tidak ada kuasa dengan kepakarannya. Akhirnya Ahmad mengambil langkah meletak jawatan.

 Satu maklumat dari Jalan Riong lewat malam ini memberi tahu cara Ahmad dibawa masuk diletakkan sebagai penasihat jabatan pengarang adalah cara diplomasi untuk mengurangkan kuasa Hishamuddin, Manja dan Syed Nazri saja. Mungkin tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mereka tidak boleh dibuang memandangkan kontraknya masih berbaki.

Kontrak Hishamuddin dikatakan masih berbaki selama tiga tahun lalu. Sekiranya beliau hendak disingkirkan juga NSTP terpaksa membayar sebanyak RM1.6 juta? Daripada membayar sejumlah itu kepada Hishamuddin lebih baik kurangkan kuasanya, mudah-mudahan beliau akan memohon untuk berhenti secara terhormat dan wang NSTP dapat diselamatkan.

Jerat dan tindakan demikian juga boleh menyelamatkan wang NSTP. Dalam pada itu individu-individu tertentu yang berkompolot dengan regim lama kini berada dalam kegelisahan dan menanti detik penentuan untuk melihat ke mana nasib mereka selepas ini.

Barua-barua Pembangkang Di Pulau Pinang

Assalamualaikum wmbk Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati ! 
 

Suatu masa dulu sebelum tsunami 8 Mac '08 , semasa Pulau Pinang dibawah kerajaan barisan rasuah BN , tertunggul wakil-wakil rakyatnya yang bermuka tebal lagi riak , dengan sombong juga angkuh memandang remeh semua teguran pembangkang atau pandangan awam , terutama dari parti karat biru yang konon lebih majoriti tapi bermenterikan seorang yang namanya seakan-akan buah yang sedap dimakan bila digoreng !

Sepanjang pemerintahan parti barisan rasuah di Pulau Pinang Melayu tidak pernah merasa jadi ketua menteri tapi sekadar yang dimonopoli sahaja iaitu sebagai gabenor atau yang dipertua , itu topik lain tapi yang patut diingati ialah kesombongan para wakil rakyat perasuah dan penyeleweng dalam kerajaan masa itu yang kebanyakkan dari umnoi sangat bongkak, walau hanya seorang sahaja wakil pebangkang  terpacak dalam dewan yang menjadi bahan buli dan terjahan bodoh mereka tapi siwakil pembangkang tetap bersedia menerima apa saja tohmahan atau ejekkan para pengampu umnoi itu semua .

Kebodohan mereka walau berlagak pandai dengan menyelinap segala projek, kontrak dan infra sesama mereka dan kroni sampai kontrak angkut sampah pun disapu mereka yang dalam parti busuk macam sampah juga ! Nasib baik sudah berlalu zaman angkut taik dengan lori dari tong ketong jika tidak sudah tentu umnoi akan sapu juga kerja ini .

Diantara kroni dan saudara mereka habis disapu apa saja yang boleh 'masuk fulus' dan 'buat duit' terutama dari parti umnoi/bn , berselindung disebalik berbagai agensi konon mahu membantu bumiputra mereka menyapu segala projek dibawah naungan parti bapak rasuah dari pusat , dari jenama Perda ,UDA sampailah pada apa kejadah lain-lain jenama yang dicipta karya agar mudah menyonglap tanpa dikesan BPR waktu itu , itu pun jika mahu dikesan tapi almaklum saja BPR dibawah siapa ?

Berbagai penipuan dari penyelewengan tanah-tanah, dana-dana untuk bantuan tsunami dan mangsa kesusahan ,bantuan untuk mangsa bagi perumahan yang musnah oleh tsunami yang berada dibawah berbagai agensi . Jabatan-jabatan seperti MPPP,MPSP, MAIPP, pejabat kebajikan masyarakat,pejabat tanah serta lain-lain agensi yang bersangkutan semua dibawah telunjuk parti rasuah yang dikendalikan oleh pakar-pakar rasuah dan penyelewengan, yang tidak patut dapat bantuan diberi kerana kroni dan sanak saudara tapi yang berhak dinafikan , banyak kejadian penyelewengan berlalu tanpa dikesan dan dipedulikan walau ada laporan.

Masih ingat bagaimana puak umnoi dengan kerjasama MAIPP juga MPPP mahu menyeleweng tanah wakaf Kampong Makam Tuan Haji Kassim di Jalan Datuk Keramat ? Itu hanya satu contoh dari berlambak-lambak penyelewengan parti umnoi yang mendabik dada konon pembela Melayu Pulau Pinang , selama lebih lima puluh tahun apa ada pada Melayu Pulau ini ?

Barua -barua penyamun ini semua dari parti umnoi/bn tanpa malu konon bersalak kalahkan anjing didepan Komtar sikit masa dulu konon pejuang memperahankan hak Melayu tapi apa yang tinggal pada Melayu Pulau Pinang lagi ? Nasib baik umnoi /bn kalah dalam pemerintahan di Pulau Pinang jika tidak baki tanah-tanah orang Melayu yang sekangkang babi di Balik Pulau pun akan menyaksikan kehakisan oleh ketamakan puak-puak dajal yang mengaku Melayu Islam konon . Seperti kini terjadi di Jelutong, Batu Uban ,Sungai Nibung dan lain2 perkampungan asal Melayu !

Ingat lagi bagaimana bapak segala rasuah anak hantu toyol yang dari Selangor turun menyalak macam anjing gila didepan rumah Karpal Singh dengan FRU buat-buat bodo dan pekak ?  Konon mahu tunjuk jaguh pembela Melayu dan hak Raja-raja juga Islam tapi parti mereka juga yang me'natangkan raja ' di Terengganu ,yang hingga saat ini senyap sepi selepas siasatan oleh PDRM ! Susahkah mahu ambil tindakan atau PDRM takut pada umnoi/bn yang jadi tuannya ? Lebih baik PDRM tukar unifom hanya pakai cawat saja !

Berbalik pada barua-barua yang dulu mengejek wakil pembangkang yang waktu itu terkonteng-konteng seorang diri (wakil DAP dari Sungai Puyu) kini sudah terbalik 'court' dimana barua-barua ini semua kini jadi anjing-anjing disebelah sana sebagai pembangkang pula ! Amat melucukan lagi mereka tanpa malu atau tanggung malu lebih dari wabak flu babi kini berketuakan seorang dari pembelot dan penyeleweng tersohor Melayu sebagai ketua pembangkang ! Barua inilah yang terkenal sebagai mamat sub-con pengkritik kuat PKR juga PAS yang sangat tidak disenanginya, kini lihatlah dirinya sudah jadi anjing pecacai kurap umnoi/bn ingin tunjuk sebagai 'jaguh' yang seperti anjing yang ekor tersepit dicelah kangkang !

Bila ejekkan dulu berulang pulak pada batang hidungnya sebagai pembangkang maka adakah masih ingat lagi bagaimana semasa dulu ! Dulu duduk ditempat pemerintah kini ditempat bertentangan diejek-ejek macam kera duku ! Allah SWT amat pengasih dan penyayang lagi maha adil, sezalim-zalim insan bergelar manusia patut mengambil iktibar akan kejadian ini untuk renungan demi kebaikkan atau mungkinkah akan jadi lagi teruk barua yang tidak sedar diri ini ?

Kini pembangkang dari wakil umnoi/bn parti karat taik rasuah di Pulau Pinang patut sedar diri dan berkhidmat sebaik mungkin dan jujur sebelum ditolak terus oleh tsunami yang lebih besar akan datang  , terutama pada ketua pembangkang umnoi/bn kini yang sangat angkuh dan sombong lagi khianat satu masa dulu !

Wassalam

 Kini masa untuk ubah kerajaan kelentongan !

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar 
 

Oleh: jingoza 
amuraria-alikram.blogspot