"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Manohara dan Tengku TT: Manohara sedia disiasat polis KL

Manohara Odelia Pinot dan ibunya bersedia ke Malaysia jika dipanggil untuk siasatan polis berhubung isu melemparkan dakwaan palsu didera oleh suaminya Tengku Temenggong Kelantan, kata peguamnya.

Seorang peguam bekas model muda itu, Farhat Abbas berkata beliau sendiri akan menemani anak guamnya ke Kuala Lumpur jika polis Malaysia memanggil mereka berdua susulan aduan polis Tengku Muhammad Fakhry Petra semalam, lapor
Detik.com.

Namun harus ada jaminan terlebih dahulu bahawa Manohara dan Daisy Fajarina dapat kembali pulang ke Indonesia, lapor akhbar internet itu lagi.

"Kalau ada jaminan kedutaan besar Amerika Syarikat dan Indonesia tentang keselamatan mereka, boleh saja," Farhat dipetik berkata hari ini.

police report tengku muhammad fakhry petra lawyer mohd haaziq pillay soberi manohara pc 120909 03Tengku Temenggong membuat aduan polis terhadap isterinya - yang mendakwa putera Sultan Kelantan itu memperlakukannya "seperti binatang" - bersama seorang peguamnya petang semalam di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Menurut peguamnya Mohd Haaziq Pillay
(foto atas, kiri), Tengku Muhammad Fakhry menafikan segala dakwaan yang dilemparkan oleh Manohara dan Daisy.

"Laporan (polis) yang telah dibuat adalah terhadap mereka yang menyebarkan fitnah tersebut. Laporan itu mengatakan Manohara dan ibunya (menfitnah)," kata Mohd Haaziq.

Dalam perkembangan berkaitan, timbalan ketua polis Kelantan berkata polis akan mendapatkan keterangan Manohara dan Daisy untuk melengkapkan siasatannya.

Bercakap kepada
New Straits Times petang ini, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menyatakan siasatan tersebut akan dijalankan bersama siasatan terhadap beberapa blog yang didakwa menfitnah kerabat istana Kelantan.

Tambahnya, siasatan itu dibuat bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan menfitnah.

Blog pertikai foto

Sementara itu, satu blog yang sering membela Tengku Temenggong Kelantan sejak dakwaan negatif dihadapkan kepadanya April lalu,
Truth Appeared, mempertikaikan tindakan Manohara mendedahkan foto-foto bahagian badannya kepada media kelmarin.

"Tidak malukan Manohara untuk mendedahkan supaya orang lain dapat melihat selain daripada suaminya.

"Ingat, Manohara adalah masih lagi isteri TT (Tengku Temenggong) yang sah dan haram untuk orang lain memegang dan melihat aurat isterinya," satu artikel terbaru blog itu dipetik.

"Sesiapa yang menjamah dan melihat isipadu tubuh Manohara tanpa mendapat izin suaminya adalah haram dan boleh diambil tindakan undang-undang dengan tuduhan sengaja menjamah dan melihat tubuh badan Manohara tanpa kebenaran suami."

Blog tersebut, dipercayai dibangunkan oleh orang Malaysia yang mempunyai maklumat tentang hubungan pasangan diraja itu, mengulas tindakan Manohara menjalankan pemeriksaan perubatan rapi untuk mengukuhkan dakwaannya didera.

Manakala beberapa foto yang mendedahkan kesan-kesan luka di badan Manohara - dilaporkan akibat penderaan suaminya - didedahkan kepada media.

manohara odlia pinot kelantan 260509Truth Appearedmempertikaikan foto-foto itu yang tidak menunjukkan payudara Manohara, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, walaupun mendakwa bahagian badan itu juga meninggalkan kesan didera.

"Dan tidak nampak pun buah dada di dalam gambar itu yang mana Manohara sendiri mengaku dan menunjukkan di depan televisyen bahawa bahagian buah dada adalah tempat yang disilet-silet oleh TT," kata penulis blog itu lagi, yang tidak pernah mendedahkan identitinya.

Selain membela Tengku Muhammad Fakhry, blog itu sejak awal menerbitkan pelbagai siri foto pasangan diraja tersebut yang menunjukkan
mereka berdua mesra dan tiada sebarang masalah rumah tangga.
-malaysiakini-

Isu Manohara dan Tengku TT: Tuhan akan tolong kami

Jimadie Shah Othman
Daisy Fajarina tidak gentar berdepan dengan "orang-orang berpengaruh" di Malaysia bagi menegakkan dakwaan bahawa anaknya Manohara Odelia Pinot didera oleh menantunya Tengku Temenggong Kelantan.

"Saya bersedia menghadapi orang-orang berpengaruh. Saya bukan mahu takabur, tetapi (apa yang berlaku ini) sudah luar biasa sekali.

"Saya akan terus berjuang semaksima mungkin dan terus berserah kepada Allah yang Maha Esa," katanya kepada
Malaysiakini melalui telefon hari ini.

"Semua yang berlaku kepada anak saya sehingga sekarang benar-benar di luar imaginasi. Saya percaya Tuhan akan menolong kami."

Daisy berkata, walaupun beliau mengkritik tindakan menantunya Tengku Muhammad Fakhry Petra tetapi beliau tidak menafikan "masih terdapat kerabat kesultanan Kelantan yang masih bergaul mesra dengan orang ramai."

daisy fajarina mother manohara odelia pinot 120609Daisy memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan polis menantunya, yang dikenali juga Tengku TT, terhadap beliau dan anaknya atas dakwaan memfitnahnya.

Dalam aduannya semalam, putera Sultan Kelantan itu dilaporkan menyifatkan tuduhan isteri dan ibu mertuanya sebagai "pembohongan besar."

Polis Kuala Lumpur menyerahkan kes yang dilaporkan itu untuk disiasat oleh polis Kubang Kerian, Kelantan.

Semalam, peguamnya Mohd Haaziq Pillay berkata, Tengku Muhammad Fakhry juga merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya berhubung tuduhan mereka, sejak April lalu.

Daisy berkata, setakat ini, beliau tidak perlu ke Malaysia untuk membantu siasatan polis berdasarkan laporan yang dibuat terhadapnya semalam.

"Saya tidak nampak keperluannya untuk ke sana. Soalnya sekarang, apakah mereka (Tengku Temenggong) berani datang ke Indonesia atau tidak?" katanya ketika mengulas kenyataan peguamnya Farhat Abbas hari ini.

Manohara, ibu disiasat

Farhat dilaporkan berkata beliau sendiri akan menemani anak guamnya ke Kuala Lumpur jika polis Malaysia
memanggil Manoharadan Daisy susulan aduan polis Tengku Muhammad Fakhry.

Namun harus ada jaminan terlebih dahulu bahawa Manohara dan Daisy Fajarina dapat pulang ke Indonesia, lapor akhbar internet
Detik.com.

Ketika
Malaysiakini minta mengulas kemampuannya mencabar Tengku Temenggong melalui proses undang-undang, Daisy hanya berkata:

"Saya akan terus berjuang seperti sebelum ini."

Daisy bagaimanapun tidak dapat bercakap panjang kerana, menurutnya, beliau sedang diwawancara media Indonesia di Jakarta ketika itu.

Dalam perkembangan berkaitan, timbalan ketua polis Kelantan berkata polis akan mendapatkan keterangan Manohara dan Daisy untuk melengkapkan siasatannya.

Bercakap kepada
New Straits Times petang ini, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menyatakan siasatan tersebut akan dijalankan bersama siasatan terhadap beberapa blog yang didakwa menfitnah kerabat istana Kelantan.

Tambahnya, siasatan itu dibuat bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan menfitnah.

Laporkan sendiri kes

Sementara itu, di Jakarta, kementerian luar Indonesia menyarankan Manohara agar melaporkan sendiri kesnya kepada polis Malaysia tanpa perlu mengadu kepadanya, lapor
Detik.com.

Kementerian itu bagaimanapun sedia membantu proses aduan polis Manohara - mengulas hasrat bekas model muda itu untuk mengadu kepada kementerian isu yang sedang dihadapinya, minggu depan.

"Idealnya sebagai pihak yang berperkara, bisa langsung mendaftarkan perkaranya ke pihak polis Malaysia," jurucakap kementerian itu Teuku Faizasyah dipetik berkata hari ini.

"Kita akan fasilitasi jika diperlukan penyampaian berkas-berkas perkaranya ke sana."

Diminta mengulas aduan polis Tengku TT, Faizasyah menyerahkan sepenuhnya pada Manohara dan peguamnya.

Semalam, Farhat dilaporkan bercadang membawa kesnya kepada pengetahuan kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta jika Indonesia tidak mampu berbuat demikian.

"Dia kan juga warga negara Amerika. Kalau Indonesia nggak mampu (membantu laporan), ya kita ke Amerika," katanya, lapor akhbar web itu lagi.
-malaysiakini-

Suaram: Enam Banduan Cedera Parah Di Pukul Warden

Sekurang-kurangnya 6 banduan cedera parah selepas didakwa digari dan dipukul oleh pegawai warden Penjara Sungei Buloh, Selangor, menurut badan hak asasi manusia Suaram.

Suaram mendakwa sekurang-kurngnya 20 banduan dipukul dalam kejadian semalam itu. Pihak penjara sehingga kini belum memberikan sebarang ulasan rasmi.

Penyelaras Suaram Tah Moon Hui berkata kira-kira 10 pegawai warden memukul kumpulan banduan berkenaan atas alasan yang tidak dapat dipastikan.

Beliau berkata 14 daripada yang cedera tidak diberikan rawatan perubatan.

Suaram menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kejadian itu yang dikatakan berlaku antara pukul dua hingga dan lima petang semalam.

-TVAntara.com.my-