"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HORMATILAH PILIHAN MUKTAMAR!


Apapun tanggapan dan pahat serta tukul yang berbunyi di luar tidak boleh merubah keputusan uktamar yang lalu. TG Presiden telah mengumumkan barisan pembantu yang akan meneruskan agenda memperkasakan PAS sebagai pemimpin prubahan dengan Islam sebagai teras. Ia adalah suara perwakilan muktamar yang mewakili akar umbi yang bekerja untuk parti.

Jangan dihiraukan suara sembang dan sumbang dari media cetak atau elektronik. Sepaham saya ahli PAS diajar wala dan tsiqah kepada pimpinan. Tak terfikir saya ahli PAS ingin mengatur pemimpin yang dipilih dalam muktamar. Muktamar adalah badan tertinggi membuat keputusan PAS. Lebih malang adanya blogger yang entah dari mana asal usul mencadangkan pemimpin yang dipilih di dalam muktamar menarik diri... SIAPA KAMU????

sepatutnya ahli parti yang berasaskan Islam terdidik dengan akhlak dalam menegur dan mengkritik. Saya tak tahu penyakit apa yang melanda ahli parti Islam sejak kebelakangan ini. Atau mereka ini bukan ahli....apappun untuk merujuk kepada blog yang ada sila merujuk dengan kawasan masing masing dari segi keterlibatan mereka dalam kawasan masing masing...jika mereka hanya jadi pengkritik dari luar...lupakan...

Kita diseru agar menghormati keputusan muktamar...jadi hormatilah keputusan pemilihan di dalam muktamar juga..tak puas hati bekerjalah dari sekarang menempati JK Kawasan agar dapat menjadi perwakilan dan menukar pemimpin dalam muktamar akan datang.. itu lebih baik. Hormatilah perwakilan anda...tidakkah itu demokrasi yang anda inginkan???

Jika kita menyusup di akar umbi, isu perbezaan pendapat ialah mengenai kerajaan perpaduan. Ianya belum dijelaskan lagi kerana ianya sesuatu yang baru dan ilmiah. Tg Presiden hanya memberi lontaran awal. DSAI dilihat lebih rasional dalam hal ini dari sesetengah ahli dan pimpinan parti sendiri. Moga pandangan DSAI akan melemturkan serangan dari kalangan yang berkiblat kepada beliau.

Saya berpendirian, Muktamar telah memberi kepercayaan kepada pimpinan yang ada. Berilah ruang kepada mereka memimpin dengan kepercayaan yang mereka miliki dari muktamar. Apa yang dibimbangkan ialah PERCANTUMAN PAS DAN umNo. TG Presiden dan seluruh kepimpinan telah memberikan komitmen akan memperkasakan Pakatan Rakyat dan TIDAK akan bersama umNO???? di situ kita bertemu....

Persoalannya mengapa masih ada keraguan kepada pimpinan. Tak percaya kepada pimpinan??? moga penulis tak berakhlak dengan pimpinan dari kalangan ulama cermin diri dalam mempersoalkan kredibiliti ulama..... mereka tidak seperti kita...... solat pun mungkin tak tentu hala waktunya...... cabulnya mulut boleh dibaca dari tulisan yang penuh dengan makian ....

Berilah kepercayaan kepada pimpinan pilihan muktamar mengatur perjalanan parti dengan ilmu dan keyakinan pengalaman mereka. Telah ditegaskan untuk bersama umNO perlu muktamar khas memutuskan... apa ditakutkan... kenapa kita ingin mengikat mereka dengan apa yang kita rasa perlu dan tahu....? Mereka berhujjah dengan Al Quran dan hadis... apa hujah kita???? akal??? emosi...surat khabar?? cerita orang?? prasangka???? hatta sirah sekalipun... boleh kah semua itu mengalahkan hujjah Al Quran dan Sunnah?? Apakah jalan yang mereka pilih bercanggah dengan Al Quran yang merupakan sumber tertinggi parti??? jika salah boleh dikenakan tindakan seperti golongan syiah dulu... tentunya blogger yang cenderung kepada syiah masih ingat sesangat peristiwa itu.....

Marilah kita memberi ruang kepada pimpinan melaksanakan amanah muktamar untuk parti. kita ada ruang 2 tahun dari sekarang untuk menilai. Berilah keadilan sebaiknya buat mereka yang sekian lama kita percayai.... Jika mereka gagal memikul amanah memperkasakan parti...kita akan tukar dalam pemilihan akan datang.... Kejayaan dan kegagalan diukur untuk seluruh pilihanraya Malaysia kerana mereka pemimpin Malaysia.... bukan Manik Urai, Trengganu, Kelantan atau Negeri Sembilan...

Tindakan anda menganggu kepimpinan adalah sesuatu yang merugikan jamaah..... biar siapa pun anda... hanya hujjah al Quran layak dikemukakan bagi menyanggah pendekatan yang berpandukan Al Quran jua....
http://anaksengat.blogspot.com/

Perginya Seorang Tokoh Gerakan Islam

Al-fadhil Ustaz Dr Fathy Yakan, 76 tahun, tokoh gerakan Islam Lubnan, telah kembali ke rahmatullah. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah..

Mengapa Kita Tidak Meragui Kuan Yew?

PENGAMATAN yang dilontarkan oleh blogger A Kadir Jasin dalam posting terbaru dalam blognya dibawa tajuk: Lee Kuan Yew - fahami yang tersurat dan tersirat, patut dibaca oleh semua waga politik negara ini. Tulisan ringkas itu memberi gambaran kemungkinan-kemungkinan yang wujud di sebalik lawatan bekas Perdana Menteri Singapura itu dan mungkin tidak ‘terkelih’ oleh mata lain.

Kesimpulan kepada tulisan Kadir itu bahawa beliau ada perasaan curiga atas lawatan Kuen Yew itu bukan sebagai satu lawatan biasa hanya untuk berbernostalgia tetapi ada maksud-maksud lain lagi.
Menurut Kadir ada beberapa tujuan Kuan Yew membuat lawatan ke Malaysia. Antara yang digarapnya untuk direnungi bersama ialah;

1. Singapura bimbang dengan perkembangan politik di Malaysia, khasnya kelemahan Umno/Barisan Nasional dan kemungkinan kemunculan Pas sebagai parti induk politik Malaysia;

2. Singapura bimbang sokongan orang bukan Melayu, khasnya pengundi Cina, kepada Pakatan Rakyat akan memperkukuhkan kedudukan dan peranan Pas;

3. Kalau boleh, LKY mahu mempengaruhi masyarakat Cina Malaysia supaya kembali menyokong BN; LKY sedar bahawa Malaysia yang stabil adalah penting kepada kestabilan politik dan ekonomi Singapura;

4. Dengan suasana Ekonomi Harimaunya dalam keadaan yang sangat lemah, Singapura perlu berbaik-baik dan berpakat dengan semua negara jiran;

5. LKY sedar bahawa pembatalan rundingan isu-isu tertangguh antara kedua negara seperti Perjanjian Bekalan Air, Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura dan simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura akan menjejaskan perhubungan jangka panjang; dan

6. Singapura masih menaruh harapan yang Malaysia pada suatu hari nanti bersedia memulakan semula penjualan pasir kepadanya dan membuka ruang udaranya kepada kapal terbang tenteranya.

Sekiranya apa yang diamati Kadir mengenai perkara 1, 2 dan 3 itu benar maka lawatan Kuan Yew itu tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Lawatan itu seolah mahu menghentikan ombak perubahan dan peralihan politik negara ini yang kini mula meluas dan mengganas.

Kalau kunjungan itu benar untuk memberi semangat dan
signalkepada pengundi Cina agar menyokong BN seharusnya kunjungan itu ditentang leh Pakatan Rakyat. Ada juga kemungkinan disebut Kadir itu kerana tidak boleh dinafikan masih ada segelintir komuniti Cina negara ini yang begitu megkagumi stail dan politik Kuan Yew. Malahan uslub politik Kuan Yew boleh mempengaruhi mereka.

Malangnya “maknawi” ini tidak terhidu oleh penyokong Pakatan Rakyat dan melihat sahaja kunjungan Kue Yew seolah ia tidak membawa apa-apa misi melainkan untuk melancung ke Tanah Melayu. Dan bagi Najib Razak dan UBN pula tentulah gembira kalau kunjungan itu seperti mana dibayangkan Kadir Jassin itu kerana mereka akan mendapat lapa politik masa depan.

Dalam pada itu Kadir juga membayangkan rasa terkilannya dengan sambutan yang diberikan kepada Kuan Yew. Padanya sambutan itu berlebih-lebihan yang tidak standing dengan apa yang mungkin Singapura berikan kepada Malaysia.

Kadir yang dikenali sebagai pengkagum Dr Mahathir menyoal apakah kalau negawaran Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkunjung ke Pulau Temasik itu Dr Mahathir akan diberi sambtan negarawa seperti Malaysia berikan kepada Kuan Yew itu?

Mengenai kebimbangan Kadir bahawa kunjungan Kuan Yew ada motif tertentu beliau mengkiaskan bagaimana maharaja Cina tidak mudah untuk menjejak kaki ke tanah asing melainkan ada niat tertentu.

Menurutnya maharaja Cina yang menganggap dunia lain termasuk orang jajahan takluknya sebagai orang liar
(barbarians) dan orang tidak beragama (heathens). Ertinya pandangan dan penerimaan mahaja Cina kepada orang lain begitu hina. Jadi bila Kuan Yew yang dianggap sebagai ;maharaja Cina; itu datang ke Tanah Melayu tentulah ada yang tersurat di sebalik yang tersirat.

Memang kita baik dan berbudi tinggi dan lambat dalam menilai sesuatu. Hanya dengan sekali datang sahaja Kuan Yew boleh menerobos masuk semua pejabat pembasar di negara ini dari pejabat Perdana Menteri, Menteri Besar dan Istana Negara. Inilah mungkin dikatakan Kadir sebagai layanan agak berlebihan yang tidak wajar diberikan kepada Kuan Yew.

Akhirnya Kadir menyimpulan lawatan Kuan Yew itu sebagai risikan untuk mencari maklumat. Dalam hal ini tentulah bagi mengukuhkan kedudukan kuasa politik, sosial dan ekonominya.

Sekiranya apa dibimbangi Kadir itu satu kebenaran, soalnya kenapakah kita jadi semudah itu dan setulus itu terhadap pemimpin negara jiran yang banyak menyakiti hati kita itu?

Dimana peranan pakar strategi pertahanan, pakar risik, para diplomatik kita dan bagaimana mereka membuat simpulan atas tujuan lawatan Kuen Yew itu. Iya mungkin sebagai lawatan balas ke atas kunjungan Najib ke republik itu namun ia harus juga diselidiki apakah motif lain di sebalik kunjungan berkenaan.

Hanya Najib Razak yang kini perdana menteri sahaja yang mengetahui apa yang tersurat di sebalik lawatan itu.