"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu SIS : PAS mahu Majlis Fatwa siasat SIS!

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - PAS tetap bertegas supaya Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan penyiasatan terperinci ke atas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) dan mengharamkannya jika bertentangan dengan syariat Islam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, SIS bukannya NGO Islam malah ahlinya juga tidak mampu untuk memperkata atau membahaskan isu-isu mengenai Islam berdasarkan ilmu.

Beliau menegaskan, PAS pernah berunding dan menegur pandangan SIS yang bercanggah dengan Islam tetapi usaha itu tidak dipedulikan.

"Kita telah menghantar (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) Dr Mariah Mahmood menyertai majlis anjuran SIS dan menegur pandangan mereka yang bercanggah dengan Islam. Tetapi mereka sentiasa beri pandangan bukan daripada ilmu mereka.

"Adalah tak wajar seorang yang bukan nelayan cakap mengenai nelayan, orang dari Somalia kita suruh cakap tentang angkasa lepas, nak cakap mengenai angkasa lepas mestilah orang dari NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan), kalau tanya tentang lanun dan rompakan bolehlah dia jawab," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media sejurus selepas tamatnya Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat kali pertama bagi penggal 2009-2011, di Pejabat Agung PAS, dekat sini baru-baru ini.

Muktamar PAS Ke-55 baru-baru ini, telah menerima tanpa bahas usul PAS Kawasan Shah Alam supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang didakwa membawa aliran Islam liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

Ditanya adakah pendirian itu akan 'mencederakan' persepsi masyarakat bukan Islam kepada PAS, Abdul Hadi menegaskan: "Yang 'mencederakan' ialah SIS sendiri, orang tahu dia bercakap tanpa ilmu."

"Itu saya tidak tahu, yang saya beritahu adalah pandangan PAS," tegas beliau ketika memberi reaksi pakatan pembangkang yang dikatakan kurang bersetuju dengan usul yang telah diluluskan itu.

Ustaz Hadi menjelaskan, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu 'bukanlah versi terakhir tetapi yang belum dipinda'.

Usul itu, katanya, datang dari Dewan Muslimat PAS kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar ke Pusat.


Penyokong k'jaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am...

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama.

pas nik aziz speech 060609 03"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

Katanya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.
-malaysiakini-

Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen

Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.

Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu.

"Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.

Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.

Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.
-malaysiakini-