| Muhammad Arif Ismail | |
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - "Kami memohon kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat berdoa kepada tuhan supaya diberi ketabahan melalui hidup ini, ini yang kami mahukan. "Mereka tidak meminta bantuan dan kekayaan tetapi mengatakan nasib mereka perlu diberi perhatian daripada seluruh rakyat malaysia yang cintakan kedamaian,"demikian pengalaman yang diceritakan oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid semasa menyertai rombongan ke tempat peristiwa berdarah di Masjid al Furqan di Cho Airong yang terletak 50 kilometer dari bandar Sungai Golok yang berlaku baru-baru ini. Seramai 11 orang jemaah masjid berkenaan telah dibunuh secara kejam oleh 6 lelaki yang bersenjatakan rafile dan tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum melepaskan beberapa das tembakan bagi memastikan semua jemaah terbabit benar-benar mati. Menurutnya yang membuat lawatan ke tempat kejadian pada 14 Jun lalu, mereka memohon kepada rakyat Malaysia agar dapat berdoa supaya dapat melalui hidup ini dengan tabah. Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Masjid Al Muhsinin, Taman Danau Desa, dekat di sini yang turut dihadiri oleh Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ust. Abdul Ghani Samsudin dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Md. Saleh Ahmad. Katanya, ketika menceritakan pengalaman beliau semasa menyertai rombongan yang dianggotai oleh 15 dari 11 badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, mereka diiringi oleh lebih kurang 30 anggota tentera dan polis serta ditemani oleh seorang Mejar Jeneral dari Bangkok. "Mereka dihantar untuk mengiringi kami dengan kawalan keselamatan yang ketat dengan hampir 15 'check point' dan dari Patani ke Narathiwat tempat kejadian terdapat lebih kurang 10 'check point'. "Ini sangat ketat serta sangat sukar untuk orang biasa untuk pergi ke tempat kejadian itu. "Mereka mengawasi setiap pertemuan kita dengan penduduk kampung, tetapi alhamdulilah semasa kami pergi ke kampung tersebut tiada masalah dari segi kami hendak meyatakan rasa simpati atas yang yang menimpa," katanya. Sambung beliau, kami juga menyampaikan derma sebanyak RM 30,000 hasil daripada kutipan derma rakyat Malaysia dan pihak berkuasa juga menyaksikan ketika kami menyampaikan derma tersebut kepada penduduk yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu. Suasana di sana katanya, sangat memilukan setelah mengadakan pertemuan dengan semua balu-balu kerana suami mereka semuanya berumur dalam lingkungan umur yang paling muda sekitar 33 tahun dan yang tua pula berumur dalam lingkungan 60 dan 70 tahun. "Kami juga melihat sendiri keadaan masjid itu di mana peluru yang digunakan dengan begitu banyak dan kesannya dapat dilihat pada dinding masjid. "Sama sekali kita merasa sangat-sangat sedih terhadap suasana masjid al Furqan itu yang dikelilingi oleh suasana kampung yang sangat damai tetapi mereka berhadapan dengan kejutan itu," katanya. Namun katanya, mereka tabah menghadapi semua ini, masih lagi nampak kuat. Tetapi para balu itu mengatakan ini merupakan satu trauma yang sama sekali tidak akan hilang dalam hiudp mereka. "Mereka juga memikirkan bagaimana hendak mengatasi kehidupan dengan menyara anak-anak yang menjadi yatim akibat peristiwa ini yang kami hitung lebih kurang seramai 22 orang," ujar beliau. |
"Kami hanya perlukan doa dari rakyat Malaysia"
Umno/PAS: Umno-BN tipu rakyat Kelantan Mengenai Royalti Minyak
| Harakahdaily | |||
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu. "Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ. "Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online. Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975. Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut. Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan. "Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen. "Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang. Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002. Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan. "Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak. "Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya. | |||
BUANG MASA PAS MAHU TERIMA EZAM RAJA SESUMPAH
Oleh: WFAUZDIN NSPETIKAN di atas adalah kata-kata Ezam raja sesumpah apabila diwawancara selepas beliau menyampaikan ceramahnya di PJ baru-baru ini. Diberitakan ceramah raja sesumpah sering disambut dengan ejekan oleh penyokong-penyokong PR yang turut hadir untuk mengikuti ceramah beliau. Seperti yang dijangka, setiap kali berlakunya pilihanraya, sudah pasti raja sesumpah akan muncul dan membuat kenyataan cuma kali ini beliau mungkin terlupa untuk bersumpah.
Apabila kita melihat kenyataan beliau di atas, ternyata Ezam raja sesumpah hanya mahu menenggek di dalam Pas apabila Pas dilihat benar-benar telah kuat. Persoalannya mahukah Pas menerima orang seperti itu? Ini bermaksud, Ezam tidak mahu bersusah payah seperti pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain untuk berjuang bertahun-tahun untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap Pas sehingga berjaya mendominasikan sokongan rakyat untuk Pas memerintah negara ini. Beliau hanya berjanji akan sertai Pas apabila Pas telah dilihat dapat menjadi tunjang di dalam PR. Inilah mentaliti ahli politik yang haprak yang hanya mahu mencari makan dan tidak mahu berjuang. Sebab itulah kita tidak hairan mengapa Ezam raja Sesumpah sanggup keluar dari PKR dan memasuki Umno walaupun beliau pernah berjanji tidak akan sertai Umno. (Lihat video klip Ezam di dalam blog saya).
Pada saya Ezam raja sesumpah ini ada kualiti sedikit sahaja dari Ibrahim Al-Kataki, itu pun kerana beliau pernah dididik oleh DS Anwar sebab itulah nampak lebih berakal sikit dari raja katak Pasir Mas. Namun, apabila menyertai parti yang pernah `diludah'nya dulu, Ezam raja sesumpah telah tertutup hati dan kini cakap-cakapnya tidak berkualiti lagi. Soal asas bangsa, ketuanan Melayu dan sebagainya yang sering dicanang oleh Ezam telah dimusnahkan sendiri oleh Najib dengan konsep `One Malaysia'nya. Dan, yang terbaru Najib sendiri berjanji akan menghapuskan sistem kuota kerana sistem ini sebenarnya banyak menipu, katanya. Ucapan Najib tersebut dibuat di dalam satu perhimpunan masyarakat Cina dan disiarkan di dalam berita TV hari ini. Apa pula komen Ezam lepas ini? Di mana NGO-NGO yang terlalu taksub dengan keMelayuannya itu selama ini? Di mana Perkasa, Pewaris, Pesaka dan entah apa-apa nama lagi tu? Mengapa membisu seribu bahasa?
Usaha Najib sudah terlewat kerana dasar mengamalkan keadilan untuk semua telah dipraktikkan oleh PR, sedangkan Umno baru sekadar berjanji dan berjanji. Di hadapan masyarakat Cina rentak pemimpin Umno lain, di depan masyarakat Melayu lain lah pula bunyinya. Inilah sebenarnya yang berlaku di dalam parti yang dianggotai oleh Ezam raja sesumpah. Beliau telah kehabisan modal untuk memburukkan PKR, DAP dan kini beliau cuba pula untuk memburukkan Pas. Yang terbaik bagi raja sesumpah ini hanyalah Umno sahaja. Kita harap raja sesumpah sudi untuk hadir berceramah di Manek Urai nanti kerana di sanalah gelanggang terbaik buat Ezam untuk mengerjakan Pas. Tapi saya yakin, Ezam tidak akan berani menyentuh Pas seandainya beliau hadir di Manek Urai sekalipun kerana Ezam hanya mensasarkan DS Anwar sahaja walau di mana beliau berada. Tapi, Alhamdulillah, usaha raja sesumpah ini tidak pernah berjaya walau bersusah payah beliau membawa bukti, bersumpah bertegang urat lehernya, namun sokongan terhadap DS Anwar dan PR lagi bertambah kuat.
Sebelum saya mengakhiri kalam ini, saya ucapkan tahniah kepada Ezam raja sesumpah yang akhirnya mendapat simpati dan dilantik menjadi Ketua Penerangan di PJ tempat lubuknya dahulu. Walaupun nasib beliau tidak sebaik Lokman Noor Adam yang juga bekas musuhnya di dalam KeAdilan dahulu tetapi memadailah sebagai sagu hati dari Umno untuknya. Mudah-mudahan dengan jawatan tersebut boleh juga Ezam raja sesumpah bertemu dan berganding bahu dengan Khir Toyo di Selangor dan bergurulah dengan Khir Toyo bagaimana untuk menjadi pemimpin yang bersih dan telus. Saya teringat kata-kata Ezam dahulu, "tolong bagitahu saya, mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?" Mungkin Ezam setuju juga apa yang diperkatakannya dulu.