| ||||
PAS P. Pinang Akan Bertemu Blogger
PLKN: Polis Tahan 17 Pelatih Kerana Terlibat Dengan Pergaduhan
Dalam kejadian itu, empat pelatih PLKN cedera ringan, dipercayai berpunca daripada pertengkaran mulut yang berlaku antara dua orang pelatih.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata dalam kejadian pukul 8 malam tadi itu, empat pelatih itu dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca apabila dua pelatih lelaki yang berusia 17 dan 18 tahun bertengkar kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain ketika sedang berkumpul dalam satu perhimpunan anjuran pihak kem, lapor Bernama.
"Apabila suasana menjadi semakin tegang dan tidak terkawal, maka berlaku tolak-menolak antara mereka sehingga menyebabkan para pelatih lain turut masuk campur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, dua pelatih terbabit dibantu oleh rakan masing-masing dan saling berbalas tumbuk sehingga empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan lengan.
Yahaya berkata jurulatih-jurulatih PLKN yang bertugas berjaya meleraikan pertelingkahan itu beberapa minit kemudian dan mengumpulkan kesemua pelatih di padang itu bagi mengelak lebih ramai lagi pelatih terlibat selain memberi rawatan kepada mereka yang cedera.
"Pergaduhan yang berlaku merupakan satu kejadian yang serius dan polis bertindak menahan semua yang terlibat bagi mencari punca sebenar pergaduhan," katanya.
-malaysiakini-
Nizar: Permohonan Nizar Panel penuh 11 hakim -- Mahkamah Persekutuan tolak tanpa sebab
Mahkamah Persekutuan memutuskan hanya panel lima hakim akan mendengar rayuan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan pengisytiharaan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar negeri itu.Peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan permohonan anggota panel penuh 11 hakim.
"Tiada alasan atau penjelasan diberikan atas penolakan (permohonan) itu," kata beliau dalam kenyataan yang diemelkan petang semalam.
Minggu lalu, Nizar menekankan bahawa panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi terhadap mahkamah untuk menyampaikan keputusan adil dan saksama bagi menyelesaikan krisis politik Perak.
Sehubungan itu, Leong memberitahu:
“Barisan anggota penuh adalah penting untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman bahawa tiada amalan "memilih hakim" selain memastikan kebebasan menyeluruh, penolakan permohonan adalah sesuatu yang amat mengecewakan rakyat Malaysia.”
Leong berkata, beliau akan menasihatkan Nizar agar mempertimbangkan dengan serius untuk tidak meneruskan permohonan tanpa manfaat panel hakim rayuan yang lebih besar.
"Pada masa yang sama, saya akan menulis kepada mahkamah agar mempertimbangkan permohonan menambah panel dan juga sebab-sebab permohonan mereka telah ditolak," katanya.