| Dzulfikar Mashoor | |
| BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hilang kawalan apabila berasa yakin bahawa sokongan pengundi di N11 Permatang Pasir akan berpihak kepada Umno Selasa depan; berdasarkan teori pendulum. "Selalunya teori landung jam ini sekali ke kiri dan tentunya (kemudiannya) ke kanan. Ini (teori Maslan) tak betul... (tahun) 1995 ke kiri (Umno) dan selepas itu (penggal) 1999, 2004 dan 2008 ke kanan (Pas). Yang ini bukan lagi teori pendulum, tapi 'merudum' (kekalahan berterusan dalam pilihanraya)." "Dari segi berfikir pun, Maslan sudah tersalah berteori. Saya yakin, sama ada Maslan sudah hilang kawalan (tidak rasional) atau sengaja enggan terima hakikat bahawa mood pengundi sebenarnya tidak lagi bersama mereka (Umno BN)." Idris secara sinikal turut menjelaskan bahawa teori pendulum Maslan juga bertentangan dengan teori pendulum dalam disiplin sains. Di sebalik itu, Idris mengatakan bahawa Maslan seorang yang agak Islamis sewaktu di bangku sekolah menengah; dan beliau tidak menjangka dia akhirnya memilih Umno sebagai jalan perjuangan. Jelas Idris lagi, beliau sewaktu mewakili Kolej Islam Klang (KIK) 1983 dahulu, pernah mengalahkan Maslan yang mewakili Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) dalam Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri. Beliau berharap peristiwa kemenangan itu akan berulang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini. Pilihanraya N11 8 Mac lalu, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mewakili PAS menang majoriti 5433 undi mengalahkan Ahmad Shahar Shuib dari Umno. PAS berjaya memenangi kesemua sembilan peti undi; untuk semua saluran dua (2) hingga hingga lima (5). Bagaimana pun, Umno hanya mendapat 7 undi majoriti (saluran 1) untuk peti undi Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir; dan 47 undi majoriti (saluran 1) untuk peti undi Sekolah Bukit Indera Muda. Petang tadi, Maslan menegaskan bahawa Umno kalah lebih 600 undi pada pilihanraya umum ke 11 disebabkan landung jam ke kanan. Pilihanraya umum 2008, landung jam ke kiri menyebabkan Umno kalah lebih 5000 undi. "Jadi kalau ikut teori saya, pada tahun 2009; ia akan pergi kanan, (dan) BN akan menang," kata Maslan berteori. |
UBN Najib Altantuya: Teori 'pendulum' Umno dah jadi 'merudum'!
UBN Najib Altantuya: Tinggalkan Umno dengan syurga rasuahnya, kata Nik Aziz
| Abdul Aziz Mustafa | |
| KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Walaupun diserang dari pelbagai penjuru setelah kenyataannya disalah lapor oleh sebuah agensi berita, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas dengan pendiriannya bahawa Umno memperjuangkan "Islam palsu". Sambil mengajak semua pihak meninggalkan Umno dengan syurga politik wangnya, dalam pesanannya kepada para pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, beliau yakin pengundi yang beragama Islam akan menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang lengkap sempurna dan bukan Islam yang diterima sebahagiannya serta ditolak sebahagiannya. Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan kepada sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan 'rule of law' dan perjalanan demokrasi". "Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. "Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. "Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik?" kata Menteri Besar Kelantan itu. Menurut beliau, "Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu". Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu, kata Tuan Guru, begitu jugalah dengan Islam palsu. "Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. "Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. "Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak? "Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu�, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? "Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah," beliau menjelaskan. Beliau percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini. Kepada para pengundi bukan Islam pula, beliau mengajak mereka mengundi PAS untuk merintis laluan baru agar Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar melalui sistem kerajaan yang akan "menyemak institusi kehakiman, pelaksanaan �rule of law� dan perjalanan demokrasi". Tuan Guru mengajak semua pihak mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh Pakatan rakyat (PR) dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno Barisan Nasional (BN) jika berlaku lagi pilihan raya kecil. "Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. "Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. "Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini 1Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. "Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut," kata beliau. Beliau menyeru semua pihak menggunakan kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. "Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? "Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan," katanya. Tuan Guru sebelum disalah lapor oleh sebuah agensi berita yang mendakwa beliau berkata, anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. Bagaimanapun, setelah di desak, media pro-BN menyiarkan transkripsi kenyataannya dan terbukti kenyataan beliau tidak dilaporkan dengan betul. Dalam transkripsi kenyataannya, beliau berkata: "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno. "Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar." |
10 Wasiat Imam Syafie
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak Kepada Diri
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
Ketiga : Hak Kepada Kubur
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak Kepada Munkar & Nakir
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan : Hak Kepada Rasulullah s.a.w.
Iaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
Kesepuluh : Hak Kepada Allah s.w.t.
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
-dipetik dari seorang sahabat
http://inksensei.wordpress