"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

UBN Najib Altantuya: Berlaku adillah terhadap kedua-dua isteri kamu Rohaizat

Ustaz Nasrudin Tantawi

1.Dengan segala kerendahan diri dan berat hati, saya tegaskan kenyataan saya di sini demi membela insan lemah yang bergelar muslimah sekalipun terpaksa merempuh dinding kebal keegoan seorang insan yang bergelar lelaki.

2.Kezaliman adalah suatu jenayah dan kesalahan yang besar terutamanya apabila ia dilakukan oleh seorang yang mengaku muslim pula seorang pemimpin.


Justeru pemimpin akan menjadi ikutan ramai, maka peribadinya mesti mulia. Akhlaknya mesti tinggi. Moralnya terpelihara, sikapnya bertanggungjawab, tindakannya adil dan hatinya pula mesti bersih.

الناس على دين ملوكهم

Manusia berada di atas manhaj [cara hidup] para pemimpin mereka.

3.Isu yang saya dedahkan baru-baru ini adalah berkait kes penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan oleh calon BN di N.11 Permatang Pasir ke atas seorang muslimah yang dikahwininya sebagai isteri kedua beliau, bukanlah bermotifkan politik tetapi melibatkan nafsu buas orang politik yang tidak kenal dosa dan pahala.

4.Isu yang saya timbulkan ini bukanlah bersifat peribaditetapi melibatkan peribadi seorang pemimpin yang cuba melindungi kejahatan dan kezalimannya disebalik aksi berhemah seorang ahli politik yang ingin memenangi kerusi dalam pilihanraya untuk memimpin rakyat dan masyarakat.

5.Isu ini adalah isu keluarga besar kami. Keluarga muslim pula keluarga yang terlibat dalam perjuangan Islam. Isteri kedua calon BN di N.11 Permatang Pasir [Puan Rafizah] adalah adik angkat kepada Tok Guru saya [Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]. Sementara ayah dan ibunya pula anak angkat kepada ayah Tok Guru saya. Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah. Sementara saya adalah anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah.

6.Sebenarnya sejak lebih setahun yang lalu, Puan Rafizah telah mengadu hal nasib malang yang menimpa dirinya kepada Tuan Guru tetapi teguh beliau merahsiakan suaminya. Sehingga Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim pun tidak mengetahui siapakah suaminya dan Tuan Guru tidak pula mahu mencampuri urusan keluarganya. Sekadar memberi nasihat dan tunjuk ajar agar bersabar dan tenang menghadapi ujian berat yang menimpa dirinya.

7.Sehinggalah beberapa hari yang lalu, Puan Rafizah memberitahu: "ustaz, Rohaizat [calon BN] itulah suami saya! " pastinya Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim terkejut besar dengan pengakuan itu. Saya segera bertemu kedua-dua ibubapa Puan Rafizah bagi mendapat gambaran yang lebih jelas. Ya! hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung oleh anaknya sejak bertahun yang lalu.

8.Malah setiap kali mendengar rintihan dan keluhan derita dari Puan Rafizah, lebih banyak esak tangis berbanding kata-kata yang cukup menggambarkan derita dan sengsara hati seorang perempuan muslimah yang digantung tidak bertali malah diperlaku tidak ubah seperti perempuan simpanan [maaf] meskipun ia adalah seorang isteri yang dikahwini secara sah.

9.Tiada siapa yang dapat memahami jiwa Puan Rafizah selama ini termasuk suaminya yang tidak bertanggungjawab. Batinnya menjerit menyatakankesengsaraan hidupnya yang pernah dibiarkan tanpa sebarang berita dan khabar, jauh sekali dititip nafkah zahir dan batin selama 7 bulan berturut-turut. [Menurut pengakuan ibunya, dengan genangan air mata seorang ibu yang lemah tidak berdaya untuk berdepan pula dengan seorang politikus yang gagah meredah medan politiknya].

10.Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata: anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak 2 kali dan itupun hanya sekadar beberapa jam, kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isteri dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami.

11.Bukanlah salah beristeri dua. Islam tidak melarang muslim beristeri dua. Apa yang saya dedahkan disini bukan isu Rohaizat beristeri dua. Beristeri dua bukan isunya di sini. Tetapi isu besar yang saya bawa ini ialah isu kezaliman dan penginayaan ke atas seorang wanita muslimah yang lemah tidak berdaya oleh seorang lelaki [bergelar suami] yang sepatutnya memberikan keadilan, kasih sayang dan haknya sebagai seorang isteri yang sah.Inilah perlakuan yang ditegah dan diharamkan oleh Allah swt.

12.Saya tidak berhasrat mahu meruntuhkan rumahtangganya malah berusaha mahu menyelamatkannya. Apa yang dikehendaki oleh Puan Rafizah ialah supaya suaminya mengakui beliau sebagai isteri yang sah dan kembali berlaku adil serta memberikan haknya sebagai seorang isteri bukan lagi digantung tidak bertali. Datang dan pergi seperti mengunjungi rumah di lorong maksiat. Jangan perlakukan Puan Rafizah sedemikian rupa. Saya membawa suara derita Puan Rafizah.

13.Malangnya sebelum ini, Rohaizat berkali-kali menafikan Puan Rafizah sebagai isterinya. Puan Rafizah berkata:kalau Rohaizat tidak akui dirinya sebagai isteri yang sah, maka selama ini dirinya sebagai apa? akhirnya deraian air mata yang cukup memilukan hati kami membatasi kata-katanya.

14.Menurut pengakuan Puan Rafizah, betapa beliau telah menanggung derita ini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Beliau dipandang serong oleh masyarakat sekitar dan teman-teman rapat yang mengetahui kedudukannya. Selain dari cengkaman perasaan yang terpaksa ditanggung, Puan Rafizah turut berdepan dengan fitnah ke atas dirinya yang dipandang serong oleh masyarakat gara-gara Rohaizat enggan mengakui dirinya sebagai isteri yang sah meskipun Rohaizat mengahwininya dan tidak pula mendokumenkan perkahwinan mereka.

15.Wahai insan yang Islam agamanya! Wahai Insan yang memiliki Iman! Wahai insan yang bergelar wanita!Bukankah seorang perempuan itu dikahwini untuk memupuk kasih sayang, berada di sisi suami [jika berpoligami - berlaku adil dalam giliran], dibelai, dipimpin dan dibimbing dengan penuh sakinah, mawaddah dan rahmah.

16.Wanita juga apabila berumahtangga, ingin sekali menimang cahayamata tetapi malang segala-galanya tidak dimiliki oleh Puan Rafizah. Beliau benar- benar hanya isteri simpanan. Hatinya derita melihat kebahagiaan orang lain disamping suami masing-masing jua bersama anak-anak menceriakan rumahtangga.

17.Dulunya, Puan Rafizah yang pernah bertugas sebagai ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun mendirikan rumahtangga bersama Rohaizat dengan harapan kebahagiaan dan keharmonian serta kesempurnaan hidup akan dapat dikecapi sebagaimana insan yang lain. Malang panas tidak sampai ke petang. Beliau dianiaya oleh suaminya sendiri yang tidak mahu pula mengakui beliau sebagai isteri yang sah kepada umum sehingga memaksa beliau menjalani kehidupan dengan murung, resah, rasa bersalah, kecewa dan derita.

18.Ke mana pergi pejuang wanita? kemana perginya pejuang hak asasi? saya yakin, bukan seorang Rafizah di luar sana. Mungkin ribuan lagi mangsa seperti Puan Rafizah. Mana perginya Sharizat Jalil yang kononnya beliau adalah serikandi membela hak wanita dari menjadi mangsa penderaan lelaki? Apakah kerana ia isteri calon BN di N. 11 Permatang Pasir maka semuanya membutakan mata, membiarkan Puan Rafizah menderita?

19.Mana insan bergelar muslimah? kalian nak biarkan Puan Rafizah terus derita? Ya! sementara kalian tidak merasai deritanya. Mana insan yang mewarisi ketaqwaan Fatimah? tergamak kalian biarkan Puan Rafizah terus terbelenggu hidupnya semata-mata kerana nafsu dan kepentingan politik kalian? mana semuanya? Takut nak bercakap perkara ini? bimbang mengganggu keputusan pilihanraya?

20.Saya teringat kisah seorang wanita muslimah yang diinaya lalu berteriak memanggil nama sultan Mu'tasim yang memerintah pada waktu itu. Waa Mu'tasimaaah![wahai Sultan Mu'tasim ... bantulah aku]. Lalu rintihan derita itu disampaikan kepada sultan Mu'tasim lalu Mu'tasim bangun dari singgahsana lalu berkata: Labbaiki Yaa Ummaaaah! [Aku sahut seruanmu wahai Ibu!] lalu beliau mengerahkan bala tenteranya untuk membela wanita muslimah yang dianiaya.

21.Apakah hari ini telah tiada Mu'tasim? maka Puan Rafizah di zalimi dan didera perasaannya. Malang! sabar sajalah Puan Rafizah. Nasiblah dirimu hidup dizaman ramai manusia pengecut! Tidak berani berkata benar!

22. Demi Allah! jangan biarkan penginayaan ini berterusan. langkah pertama saya nasihatkan supaya Rohaizat sebagai orang tahu agama dan tahu hukum hakam agar tidak menzalimi isteri sendiri. Kembalilah kepangkuan isterimu dengan damai dan penuh kasih sayang. Berlaku adillah terhadap kedua-dua isteri kamu. Berikan hak mereka dan berikan kasih sayang kepada mereka. Biarpun mereka bergelar wanita, mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan pembelaan khasnya dari orang yang bergelar suami.

23.Saya dedahkan perkara ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh siapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebagaimana isteri-isteri yang lain. Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain tetapi gagal.

24.Ertinya masih terbuka luas untuk Rohaizat selamatkan rumahtangganya tetapi dengan syarat Rohaizat runtuhkan tembok keegoannya sebagai lelaki lalu segara kembali kepangkuan isteri dengan penuh insaf. Sempena bulan Ramadhan al Mubarak, Saya doakan rumahtangga kalian bahagian dan harmoni. Saya gembira jika rumahtangga Rohaizat dapat diselamatkan. Buat Puan Rafizah, sekadar itulah usaha dan pendedahan yang tergamak saya lakukan walau hanya menyebut 10% dari kisah penderitaan yang ditanggung olehmu. Maaf saya tidak tergamak hendak menyebut lebih dari itu. Selebihnya Puan Rafizah sendiri mesti ada kekuatan menghadapi situasi ini.

25.Jika Rohaizat masih enggan mengakui Puan Rafizah sebagai isteri yang sah dan masih meninggalkannya kesepian tanpa belaian kasih sayang dan giliran hak secara adil, maka demi Allah! saya bersumpah dengan nama Allah yang maha suci bahawa Rohaizat tidak layak menjadi pemimpin. Tidak layak memegang amanah rakyat.

Saya cabar Wanita UMNO bangkit
membela wanita teraniaya ini!
Ayuh bangkit Sharizat!

Kezaliman seorang suami ke atas isterinya samalah dosa kezaliman kerajaan mengISAkan [tahan tanpa bicara] seorang insan tanpa bukti yang kita tentang ramai-ramai hari tu. Zalim tetap zalim dan ianya mesti ditentang. Apakah kezaliman ke atas wanita perlu disembunyikan dari pengetahuan umum agar dia terus derita sedang dia meronta minta dikasihani?

UBN Najib Altantuya: Menjawab Tuduhan Umno Di Permatang Pasir

Ustaz Idris Ahmad

Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga

  • Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
  • Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut.
  • Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000.
  • Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.


Pas dengan Umno sama sahaja

  • Jawabnya tak sama kedua-dua ini.
  • Macam ikan keli dengan semilang, nampak sama tapi tidak serupa. Keli-keli, semilang-semilanglah
  • Dasar Pas ialah Islam yang merangkumi perkara dunia dan akhirat
  • Islam yang diperjuangkan oleh Pas ada pahala dan neraka.
  • Umno tidak ambil kira soal ini.
  • Isteri pemimpin umno dan ahlinya kebanyakan tidak menutup aurat, sedangkan ini ayat yang qat’I yang diarahkan oleh Allah.

SIAPA MENANG PUN SAMA SAHAJA, KAMI TIDAK DAPAT APA-APA

  • Dakwaan ini tidak betul
  • Kita pilih pemimpin bukan untuk kira kepentingan peribadi kita sahaja.
  • Tetapi kena tengok secara menyeluruh apa yang rakyat dapat daripada sebuah kerjaan tersebut.
  • Pilihanraya bukan soal berapa panjang parit dan longkang dikorek, bukan berapa meter paip air yang disalur
  • Kerajaan PR ia memikirkan pembangunan dan kebajikan rakyat sepenuhnya. Contoh elaun guru KAFA dinaikkan, potongan air, perbelanjaan wang kerajaan secara berhemah. Mengarahkan semua exco naik kapal terbang kelas ekonomi, duduk di hotel biasa.
  • Dengan cara ini ia menjimatkan wang rakyat PP.
  • Bijaknya kerajaan PR memerintah sehingga berjaya mengatasi bajet Majlis Perbandaran Seberang Perai difisit sepanjang 8 tahun, mampu kembali untung sebanyak RM3juta pada ogos 2009.
  • Inilah erti memilih pemimpin yang mendatangkan manfaaat kepada keseluruhan penduduknya.
  • Jangan kita fikirkan pilihanraya berapa ringgit yang kita dapat, lepas pilihanraya nanti dia tindas rakyat dengan mengenakan cukai yang bermacam-macam. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin umno
  • Sekarang kerana rakyat bagi kuasa kepada BN di Pusat selepas PRU 12, menyebabkan rakyat kena bayar kadar letrik yang mahal tidak lama lagi, menaikkan tambang bas 30%, insyuran kereta motor naik 100% . Misalnya dulu kita bayar RM100 sekarang sudah naik RM200.
  • Kalau pilih calon PAS maka ia menjadi penyambung kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka banyaklah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat bukan untuk kroni wakil rakyat Pas

Pas melukut di tepi gantang

  • Dulu kenapa Umno yang menjadi KM PP tidak ada pembelaan pada orang Melayu
  • Sekarang Pas diberi peranan dalam ahli Majlis Kerajaan Tempatan, syarikat GLC, JKKK, kalau zaman Umno dulu Pas tidak ada apa langsung
  • Pas diberi peranan untuk bebas mengajar dan berkhutbah di masjid.
  • Di kawasan ADUN Pas ada juga peruntukan diberikan. Di zaman Umno tidak ada peruntukan yang diberi kepada almarhum Haji Hamdan.
  • Walaupun tak jadi Exco tapi PAS bersama kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang. PAS ada suara dalam kerajaan tempatan, dalam jawatankuasa ad-hoc, anak syarikat kerajaan negeri GLC dan JKKK.
  • PAS bersama kerajaan negeri, suara Pas membela kepentingan Islam/Melayu dihargai dalam kerajaan berbanding Umno sebagai pembangkang. Nampaknya yang melukut di tepi gantang di Pulau Pinang ialah Umno, bukan PAS.

Pas parti mengumpat?

  • Hukum mengumpat memang tidak boleh pada perkara yang menyalahi agama.
  • Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi mengatakan mengumpat diboleh kan dengan beberapa syarat;
  • Seorang isteri yang hendak mengadu kejahatan suami pada qhadi, perlu dedahkan kejahatan supaya qhadi dapat jatuh hukuman
  • perawi hadis yang tidak adil boleh diberitahu peribadinya yang buruk supaya orang tidak terima hadisnya
  • Pemimpin yang jahat, supaya orang tidak pilih dia menjadi pemimpin

Anwar Ibrahim Khianat Orang Melayu

  • Dakwaan ini tidak betul.
  • Ini ‘tuduhan politik’ kerana Anwar sekarang lawan Umno. Biasalah, waktu dalam Umno Anwar dijulang sebagai pembela Melayu, bila lawan Umno maka dilabel pengkhianat Melayu. Yang khianati Melayu sebenarnya Umno. Inilah buktinya
  • Anwar dan PR tidak memerintah Malaysia lagi. Macam mana tidak menikah sudah dapat anak.
  • Yang memerintah negara selama ini ialah Umno/BN bukan Pas atau PR
  • Pakatan Rakyat baru sahaja memerintah dalam masa lebih kurang 17 bulan baru (setahun setengah), macam mana sudah ada Melayu yang menjadi miskin.

PAS menang pun tak boleh buat apa

Kalau Umno menang di Permatang Pasir pun boleh buat apa? Kalau setakat nak jadi pembangkang dan berkokok dari luar, tak payah jadi ADUN pun boleh buat kerja itu. Umno/BN pula selalu pulau sidang DUN. Kalau tak mahu masuk dewan bersidang, lebih baik dari awal tak dipilih jadi ADUN.

Habis apa PAS boleh buat?

Berikut adalah perkara yang BERJAYA dilaksanakan; hasil desakan, bantahan, perbincangan yang dibuat oleh Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS; semasa jadi pembangkang dan semasa kerajaan.

lPastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang Pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - berjaya

lMemperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - sebahagian besar berjaya

lMendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan- berjaya

lMendesak mangsa Tsunami di Tanjung Tokong diberikan rumah (tuntutan berjaya masa Pakatan Rakyat berkuasa) - berjaya

lTindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lessen, maksiat dan lain-lain – berjaya

lTindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lessen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - berjaya

lMinta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan perlatan setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - berjaya

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dikuasai oleh Cina

  • Sebab tu kita kena perkuatkan suara Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dengan menangkan calon PAS. Kalau Umno menang dia tidak bersama kerajaan sebab dia pembangkang.
  • Ustaz Salleh boleh menjadi perantaraan dan menyuarakan masalah orang Melayu/Islam terus kepada kerajaan Pakatan Rakyat di pulau Pinang
  • Memang benar Ketua Menteri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng keturunan Cina. Masa BN dulu, adakaha ketua menterinya Koh Tsu Koon tu bangsa arab?

Pas Parti Pecah Belah Masyarakat

  • Umno sebenarnya yang memecah belah masyarakat
  • Umno tidak hormat demokrasi dan mewujudkan pecah belah di kalangan rakyat di Negara ini.
  • Contohnya Dato’ Noh Omar Menteri pertanian melarang pegawai Pertanian hadir mesyuarat anjuran kerajaan Pakatan Rakyat.
  • Satu ketika dahulu Zahid Hamidi ketika menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Star 21/1/2009), merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak telah memberi amaran semua ketua jabatan persekutuan yang berkhidmat di Perak dilarang menghadiri mensyuarat negeri . Kerajaan akan ambil tindakan jika siapa yang engkar.
  • Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Pas sudah lama didera dan diketepikan daripada menurut lunas demokrasi. Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri. Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik.

Apa bukti calon BN dipecat oleh Majlis Peguam.

  • Calon BN, Rohaizat Othman dipecat oleh Majlis Peguam pada 7 Mac 2008 dan dia kemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos 2009.
  • Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, kesalahan yang dilakukan Rohaizat adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
  • Kesalahan yang dilakukan calon BN itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah berjumlah berjumlahRM140,000 dan tidak ada akaun untuknya.
  • Kata Presiden Majlis Peguam, “Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah.”
  • Kenyataan akhbar Yusri Ishak pada 20hb Ogos 2009 yang menjawab tuduhan kononnya beliau sahaja terlibat, sedangkan Rohaizat tidak tahu menahu adalah satu pembohongan.
  • Sekarang Yusri sudah berani naik ke pentas Pas untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Rohaizad.
  • Kalau tidak betul dakwaaan Yusri, beliau boleh saman di mahkamah.

Khairi Tuduh Ada Pengundi Hantu

  • Macam mana kami hendak bawa pengundi hantu, SPR dibawah kawalan Umno.
  • Kalau umno bawa pengundi hantu ada munasabahnya.
  • Nampaknya khairi sudah resah, kerana orang muda tidak bersama dengan beliau. Orang tahu temberang beliau.
  • Samalah dengan pepatah Arab sebut ‘dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku dia mengadu kepada orang bahawa si anu yang maki beliau.
  • Walaupun dia jadi ketua pemuda, tetapi beliau anak tembaga dalam umno, sebab itu beliau tidak dilantik menjadi menteri

Permatang Pasir Akan Jadi Anak Emas

  • Kalau Permatang Pasir anak emas, sebelas DUN Umno yang lain di Pulau Pinang anak apa pula. Adakah mereka itu anak buluh betong?
    -detikdaily.net-

UBN Najib Altantuya: GAMBAR2 khariul azam buat hal di ibu pejabat PAS!


dipetik dari fotopages si jinggo

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Penasihat Undang2 MAGARAN, Sdr Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz telah berkunjung ke Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut dengan tujuan untuk menyerahkan borang keahlian PAS.

Malang nya penyerahan borang tersebut tidak diterima pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan setelah mendapat arahan dari Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustapa Ali. Tiada sebab diberikan.

Tindakan Sdr Azam memohon menjadi ahli PAS ialah kerana beliau yakin dengan apa yang telah dikatakan oleh Mursyidul Am PAS bahawa hanya PAS membawa ajaran Islam yang betul bukan seperti Islam plastik, Islam palsu yang dibawa UMNO.

Oleh kerana kecewa dihina dengan penolakan mentah2 permohonan beliau, Sdr Azam telah membuat aduan di pejabat SUHAKAM pada jam 3 ptg. Dalam aduan tersebut beliau meminta SUHAKAM menyiasat pelanggaran hak asasi beliau untuk berpersatuan (memilih parti PAS) oleh Setiausaha Agung PAS.
-sumber:tranungkite.net/forum-

[Awas dengan pencacai umno ini dulu mengaku ahli PAS Sungai Ramal rupanya sekarang baru nak hantar borang mohon jadi ahli]