"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kita Jadi Pendokong Yahudi? UBN Najib Altantuya / PKFZ

talikasutkayu

Rakyat Malaysia khususnya yang tingggal di Pantai Barat atau Lembah Klang begitu teruja menikmatit keenakan kopi Starbuck. Rasa dan harumannya memang memikat setiap yang menggemarinya. Officemate memang selalu kesana dan ana cuba meneliti apa itu Starbucks dan dari mana asalnya.

Starbucks mula-mula sekali dibuka di 2000 Western Avenue, Seattle pada tahun 1971 oleh 3 sahabat iaitu Jerry Baldwin, Zev Siegel dan Gordon Bowker. Jerry, Zev dan Gordan mendapat idea untuk membuka kedai kopi ini setelah tertarik dengan konsep kedai Peet's yang dibukak oleh seorang kawan mereka, Alfred Peet. Howard Schultz kemudiannya join Starbucks tahun 1982 sebelum membuka rangkaian bar kopinya sendiri yang diberi nama II Gionale. Tahun 1894 Jerry , zev dan gordan membeli Peet's dan kemudiannya menjual semua rangkaian kedai kopi mereka kepada Howard. Howard membeli dan menukarkan nama bar kopi II Gionalenya pada Starbucks. Sampai sekarang, Howard masih lagi kekal menjadi pengerusi Starbucks manakala kedai kopi terawal yang dibuka kat Seattle tu dah berubah tapak ke Pike Palace Markat.

Tahukah rakyat Malaysia dari manakah simbol Starbucks itu? ramai yang tidak mengetahuinya dan ada juga yang tahu tapi tidak mengendahkannya.
Disini ana petik artikel Ibnuyaacob mana asalnya logo starbucks.

Logo Starbucks diambil dari berhala yahudi selepas kewafatan baginda (Nabi Sulaiman. Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer) http://ibnuyaacob.com/?p=1248

Ini bermakna perluasan simbol dan fahaman yahudi begitu berleluasa di negara ini tanpa kita sedari. Apa yang menakutkan rakyat Malaysia sendiri yang lantang menyokong tanpa usul periksa dari mana datangnya pelabur asing ke Malaysia. Selama ini ramai yang melaungkan anti yahudi dan marah penindasan yahudi terhadap rakyat palestin. Apa erti sumbangan kepada mangsa yahudi tapi dalam masa yang sama menyokong puak yang menjadi pendokong yahudi.
Tepuk dada tanya iman.

http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/

PAS perlu jadi kerajaan yang ditunggu / UBN Najib Altantuya /PKFZ

Azmi Yusof
HULU TERENGGANU, 17 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi 'kerajaan yang ditunggu'.

Ini, katanya kerana perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita.

Tambahnya, keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan.

"Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, hari ini.

ImageTurut berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib dan pengarah ijtimak, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno kini semakin hampir kepada zaman kejatuhan sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya.

Beliau mengambil contoh Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana Umno dan BN di Malaysia.

Tambahnya, golongan yang jatuh itu akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat.

"Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa.

"Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya; pertama, adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?" ujarnya lagi.

Selain itu, tanya beliau, adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah dan, ketiga, adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawan.

ImageKatanya, persoalan-persoalan itu memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya.

"Insya Allah, tuan puan tidak berasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk menggarap persoalan-persoalan di atas dan mengatasi kekurangannya, seterusnya berhadapan dengan mereka yang menentang dan berniat jahat terhadap kita," katanya.

Tambahnya, ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan.

Justeru, katanya, kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri.

Umno lemah, bergantung kepada tongkat / UBN Najib Altantuya / PKFZ

Harakahdaily
HULU TERENGGANU, 17 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Umno kini sudah lemah dan terpaksa bergantung tongkat.

Katanya, Umno tidak mempunyai kekuatan sendiri sebaliknya bergantung kepada tongkat termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

"Umno bergantung kepada SPR, menang dengan undi pos dan media yang dipaksa," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian ketika diminta mengulas Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam.

Begitupun, Abdul Hadi menghargai peranan yang dimainkan oleh pengamal media tetapi Umno mengawalnya sehingga tidak berlaku adil kepada pembangkang termasuk PAS.

Ini, katanya menyebabkan banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS tidak disiarkan melalui media atau disiarkan secara tidak lengkap.

"Kenyataan (pemimpin PAS) yang tidak menguntungkan BN, tidak disiarkan. Ini bukan cara demokrasi," ujarnya.