"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mesej Zaid kepada pengundi

Harakahdaily

HULU SELANGOR, 24 April: Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyeru pengundi di luar supaya pulang awal dan mengajak rakan-rakan untuk membuang undi, esok.

Zaid juga menggesa keluar mengundi seawal mungkin kerana kemungkinan jalan raya sesak.

Berikut ialah mesej beliau kepada pengundi Hulu Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

pastikan lokasi membuang undi anda dihttp://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.

keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim

Meletupp...Tembelang Soraya (Bekas Ketua Penerangan PKR Perak ) Pecahhhh...

PendekarLaut
Kisah Soraya Sulaiman bekas ketua Penerangan PKR Perak yang menafikan mendapat ganjaran dari Umno apabila beliau melompat dari PKR kepada Umno adalah satu dusta yang tidak dapat dimaafkan.

Sebenarnya Soraya telah terperangkap apabila beliau berbual melalui telepon yang segala perbualan beliau telah dirakam oleh AMK Cawangan Kampung Pulai (Bhg Gopeng) En. Tarmizi Mohd Ghazali (Gambar),dalam perbualan tersebut beliau ada mempelawa En. Tarmizi agar segera melompat ke dalam Umno dengan seberapa segera kerana "VALUE" mereka yang lompat kepada Umno sebelum PRK Hulu Selangor ini adalah sangat tinggi kata Soraya,tetapi kalau selepas PRK Value mereka yang lompat kepada Umno akan berkurangan.

Malah beliau ada menyatakan dalam perbualan tersebut bahawa setiap sekali ceramah di Hulu Selangor dalam kempen memburukkan Pakatan Rakyat akan diberikan RM1000 oleh pihak Umno. Beliau juga ada menyatakan bahawa Umno sedang mencari "Hardcore" yang ada dalam PKR untuk dipelawa ke dalam Umno dan mereka juga akan diberi "Bonus" dalam PRK Hulu Selangor ini.

Dalam perbualan tersebut Beliau juga ada mengaitkan beberapa individu lain yang akan melompat parti, contohnya sdr. K Rajesh Kumar selaku pegawai khas ADUN Teja sebagai menguatkan hujahnya untuk menarik saudara Tarmizi. Sedangkan apabila ditanya kepada individu yang dimaksudkan oleh Soraya, mereka menafikan sama sekali ingin keluar dari PKR.

Kenyataan Soraya yang mereka berjuang dengan ikhlas dalam Umno adalah satu penipuan, kerana dalam perbualan itu beliau menyatakan bahawa salah satu sebab beliau keluar daripada PKR adalah kerena PKR tiada ber"DUIT" dan duit habis kerana berjuang dalan PKR.

Bersambunggg....

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

Mengapa UMNO-BN Cukup Gerun Jika ZAID Menang?

Angkasanuri
Sehingga hari ini Umno-BN seperti hilang arah dan pertimbangan berhadapan dengan Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor. Mereka tidak boleh menerima kekalahan di Hulu Selangor. Kekalahan di Hulu Selangor akan menjadi mala petaka besar kepada Umno-BN dan kerajaan 1Malaysia dan bakal membawa reformasi besar senario politik dalam negara.

Kekalahan di Hulu Selangor lebih perit untuk dihadapi dan diterima oleh Umno-BN berbanding kekalahan dalam pilihanraya kecil lain pasca pilihanraya umum lalu termasuk kekalahan dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ini kerana kekalahan di Hulu Selangor bermakna dengan sendirinya 1Malaysia gagal. Bermakna rakyat mengakui dan menerima bahawa 1Malaysia diresapi oleh pengaruh Yahudi seperti yang didedahkan di parlimen dan rakyat di Hulu Selangor oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Ini juga bermakna kerana orang Melayu dan umat Islam di negara ini cukup sensitif dengan isu kekejaman dan kezaliman golongan Yahudi dan kuncu-kuncunya. Maka sesiapa yang menjalin hubungan dan kerjasama dengan yahudi pasti akan menerima bala dan musibah.

Kemenangan Zaid Ibrahim juga amat ditakuti kerana ini akan menilai sejauh mana rakyat Hulu Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya termakan dengan terpengaruh dengan cerita Liwat 2 yang sedang rancak dibicarakan di mahkamah.

Di samping itu kemenangan Zaid Ibrahim juga akan memberi mesej yang cukup jelas bahawa isu wakil rakyat lompat parti tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Sekaligus akan memberi isyarat kepada wakil rakyat yang telah melompat parti atau memasang niat untuk melompat agar membatalkan hasrat mereka. Kecualilah wakil rakyat berkenaan memang tidak mempunyai akal dan perasaan serta telah gelap mata dengan pelbagai tawaran dan ganjaran.

Bagi saya, kemenangan Zaid juga bakal merencatkan hasrat Umno-BN untuk terus menggunakan serangan peribadi khususnya kepada Anwar Ibrahim dalam pilihanraya akan datang. Kalau dilihat perkembangan terbaru di Hulu Selangor,Umno-BN cukup menggila melancarkan serangan peribadi untuk membunuh karektor Zaid Ibrahim di kalangan rakyat dan pengundi di Hulu Selangor.

Justeru itu saya tidak hairan dan pelik melihat Perdana Menteri 1Malaysia sendiri terpaksa turun berkempen habis-habisan di Hulu Selangor walaupun masih kepenatan baru pulang dari luar negeri. Amat jarang berlaku dalam pilihanraya kecil Perdana Menteri terpaksa turun berkempen untuk memenangkan calon BN.

Jika PM tidak berhabis-habisan di Hulu Selangor bermakna Umno-BN akan 'habis' dalam pilihanraya umum akan datang...

http://angkasanuri.blogspot.com